Saturday, February 20, 2010

...::Wanita Oh Wanita::..



Apakah hukum WANITA berseluar..???


Pada asalnya seluar adalah salah satu pakaian lelaki. Namun kebanyakan fesyen zaman kini menampilkan seluar sebagai salah satu pakaian wanita. Persoalan di sini apakah ianya dibolehkan dan apakah ianya menyerupai lelaki ?

Sebahagian ahli Fiqh mengatakan haram wanita memakai seluar kerana berpegang kepada hadith2 Nabi SAW yang menegah menyerupai lelaki. Walau bagaimanapun, ada sebahagian ulama yang mengharuskannya dengan membezakan bentuk, jenis dan cara memakainya. Ini berdasarkan hadith Nabi SAW maksudnya:


Diriwayatkan Ali bin Abi Talib RA berkata : "Satu hari aku duduk di sisi Rasulullah SAW di Baqie' ketika hari hujan lalu seorang wanita yang menunggang keldai. Tiba2 kaki hadapan keldai itu terpelecok ke dalam lopak hinggakan wanita itu terjatuh. Lantas Nabi SAW berpaling darinya. Berkatalah para sahabat ; Wahai Rasulullah, sesungguhnya dia memakai seluar. Kata Nabi SAW : Ya Allah, ampunilah wanita2 yang berseluar dari kalangan umatku. Wahai manusia, ambillah seluar kerana ia diantara pakaianmu yang paling menutup dan peliharalah wanita2 kamu dengannya apabila mereka keluar dari rumah "

(Riwayat Al-Baihaqi)

Dari hadith lain juga,


عن ابي هريرة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : رحم الله للتسرولات من النساء

Daripada Abi Hurairah Ra : Sesungguhnya Nabi SAW bersabda : " Moga Allah merahmati yang memakai seluar dari kalangan wanita "
(Riwayat Al-Baihaqi dan Al-Hakim)


Jika wanita memakai seluar yang ketat atau longgar, panjang atau pendek, tebal atau nipis dan dapat dilihat terus oleh lelaki ajnabi tanpa dilapis dengan pakaian lain di luarnya yang labuh serta menutupi seluruh tubuhnya hukumnya adalah
haram. Maka jika wanita itu pula memakai seluar bersama t-shirt, baju blaus, jeket ataupun sweater sahaja yang menampakkan bentuk pinggul dan peha itu juga adalah haram. Namun diharuskan pula bagi wanita memakai seluar yang diluarnyanya dipakai baju yang labuh menutupi seluruh badannya, tidak sempit, tidak nipis, tidak menampakkan warna kulit dan bentuk badan serta menepati syarat2 yang ditetapkan oleh Islam.

Perkara yang menjadi sebab wanita dilarang memakai seluar adalah kerana dengan niat memakainya ingin berlagak atau menampakkan diri seperti lelaki. Jika wanita memakai seluar yang diluarnya dipakaikan jilbab (pakaian yang labuh) atau jubah, maka itu tidaklah haram hukumnya bahkan dibolehkan. Larangan dalam masalah ini dapat berubah mengikut keadaan,waktu dan tempat. Bilamana wanita itu memakai seluar yang diluarnya ditutupi dengan jubah atau pakaian yang labuh yang menutupi seluruh tubuh, tanpa menampakkan bentuk tubuh, warna kulit serta penampilan seperti lelaki dengan hanya bermaksud untuk terjamin auratnya ditutup serta seluar tersebut mempunyai perbezaan khusus dari lelaki, maka dibolehkan memakainya dan tidak berdosa.


Moga apa yang hendak disampaikan ini difahami. Sama-sama kita fikirkan dan cuba perbaiki diri agar terhindar dari fitnah dan dosa yang kita lakukan tanpa kita sedari.


>>Doa Agar Selamat Daripada Fitnah<<

Surah Al-Mumtahanah : 4-5, maksudnya :

Ya Tuhan kami, hanya kepada Engkaulah kami bertawakal dan hanya kepada Engkaulah kami bertaubat dan hanya kepada Engkaulah kami kembali. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi orang-orang kafir. Dan ampunilah kami Ya Allah. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana.


...:::Buat Penuntut Ilmu::...

IMAM SYAFIE PERNAH BERKATA: Barangsiapa yang mempelajari Al-Quran,akan bernilai dirinya,barangsiapa yang merenung dan mempelajari fekah maka akan mulia kedudukannya,barangsiapa yang mempelajari bahasa akan lembut jiwanya,barangsiapa yang mempelajari matematik akan kuat fikiranya, barangsiapa menulis hadis akan kuat hujahnya, dan barangsiapa tidak memelihara dirinya daripada maksiat maka ilmunya tidak memberi menfaat kepada dirinya.

Wednesday, February 17, 2010

..:::Untuk Diri Ini dan Kalian...(2):::..

Renungkan....

"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya."



>>Khusus untuk diri dan kalian yang tersayang fiLLah..(",)

Saturday, February 13, 2010

...:::Dari Sahabat Untuk Sahabat:::...

Senyum kala gembira kerana itu sebaik utusan,menggambarkan keriangan dihati..
Senyumlah kala berduka kerana ia menggambarkan kerelaan hati untuk menempuh ujian Ilahi..

>>Massage from Ainn...sayang Ainn fiLlah..(^-^)

...:::Aku Cinta sama Kamu:::..


Salam..Buat sahabat2 yang dikasihi fillah..Hari ini ana nak kongsi sedikit dari kalam Imam Nawawi walaupun ringkas tapi dapat menggambarkan isi yang sangat bermakna bagi kite semua khusus untuk diri selaku insan yang kerdil ini...Moga kita sama2 dapat memahami maksud kalam yang hendak disampaikan..Selain itu terdapat juga dalam hadith Riwayat Imam Bukhari dalam kitab nikah,bab kufu dalam agama, yang menyatakan :

"Seseorang perempuan dikahwini kerana empat perkara : Harta, keturunan, kecantikan dan agamanya. Pilihlah yang beragama, kamu memerlukannya."

Kalimah kamu memerlukannya di dalam hadith di atas digunakan dengan maksud memberi galakan dan dorongan.

Maksud beragama dan berakhlak ialah taat, mengerjakan amal soleh, menjauhkan perkara2 yang haram serta menunaikan segala tanggungjawab rumahtangga.

Kesimpulan dari kalam dan hadith ini menunjukkan bahawa Agamalah merupakan perkara utama untuk mencapai kebahagiaan dalam perhubungan...Wallahhu a'lam....

Friday, February 12, 2010

...:::La Takhzan:::..

Kenapa aku diuji?

"Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;"Kami telah beriman,"sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta".
(Surah Al-Ankabut:2-3)

Kenapa aku tidak dapat apa yang aku inginkan?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah:216)

Kenapa ujian seberat ini?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah:286)

Rasa kecewa?

"Janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah Al-Imran:139)

Kepada siapa harus aku mengadu?

"Dan mintalah pertolongan(kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah:45)

Bagaimana harus aku hadapi?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan,dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan)serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya(mencapai kemenangan)."
(Surah Ali 'Imran:200)

Apa yang aku dapat dari semua ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin,diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.."
(Surah At-Taubah:111)

Aku tidak dapat bertahan!

"..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
(Surah Yusuf:87)

Hanya padaMu aku berharap...

"Cukuplah Allah bagiku,tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakal."
(Surah At-Taubah:129)

>>Renungan buat sahabat-sahabat juga khusus untuk diri yang menyampaikan ni..moge same2 dapat bermuhasabah, andai diri terasa lemah berwudu' & bacalah Kitabullah mana-mana ayat pon xpe..insyaAllah lenyaplah kesedihan yang menyelubungi hati..smile Always(",)<<

...:::Muhasabah Cinta:::..

Untuk Diri Ini dan Kalian...


"Hari ini bukan semudah semalam untuk bgelar manusia sempurna,banyak yang perlu dikorbankan,banyak juga yang terpaksa dilepaskan..Sekali langkah tersadung,rebah menyembah,sekali melangkah gagah,tersenyum megah..Sesekali diduga itu sekadar untuk mematangkan dan mengajar kita bangun untuk menjadi manusia sesempurna insan..."

>>sekadar untuk renungan buat sahabat2 yang disayang(",)<<

Thursday, February 11, 2010

Buat yang tersayang kerana Allah...


Hari ini adalah pemberian..manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba adalah yang paling tinggi Taqwanya..Semalam adalah sejarah buat kita..Beristighfarlah kita untuknya dan bersyukur atas kurniaan hidayah dariNYA..kerana sebaik-baik zikir adalah istighfar & sebaik-baik doa adalah Alhamdulillah..Esok adalah misteri yang padanya terletak angan2..dan sebijak-bijak manusia adalah yang sentiasa mengingati akan kematiannya dan mempersiapkan diri untuk kehidupan sesudah mati..dan terpeliharalah sebahagian Iman dalam dada anak Adam bila dalam hatinya menyintai saudara islamnya yang lain kerana Allah...

>>>ukhwah Fillah buat semua sahabat seperjuangan...<<