Thursday, September 22, 2011

~KEKASIH AGUNG SEDANG CEMBURU~

Bismillahhirrahmannirrahim..Assalammualaikum teman2 blog semua..
Apa khabar iman teman2? Apa khabar kesihatan teman2?
Moga semuanya dalam keadaan baik dan sentiasa mendapat taufiq dan hiayah Allah s.w.t.
Sekian lama tak meng'update' blog yang usang ini,alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk saya berkongsi hari ini..

Sedikit yang saya ingin kongsikan,mungkin teman2 pernah terbaca,atau belum pernah baca tentang artikel disebalik tajuk "Kekasih Agung Sedang Cemburu" yang terdapat di majalah Solusi baru-baru ini..Penulisnya ialah Saudari Fatimah Syarha Mohd Noordin(novelis). Saya sangat tertarik akan isinya. Moga perkongsian ini dapat kita ambil intipatinya bersama..

Anda sedang asyik berbalas SMS dengan seseorang yang bukan maharam?
Anda sedang ternanti-nanti panggilan daripada si dia?
Anda sedang menunggu saat-saat dapat bertembung dengannya?
Anda sedang memilih minyak wangi paling harum untuk keluar dating?

Err,jika jawapannya ya , anda sedang membuat Kekasih Agung anda sangat cemburu.

Berkata Ibn Qayyim al-Jawziyyah : "Allah s.w.t cemburu terhadap hati hamba-Nya yang mengabaikan cinta, harap dan takut kepada-Nya, dan ada sesuatu yang lain dalam hatinya selain Dia."

Kata-kata ulam' muktabar ini ada asasnya daripada sabda Rasulullah s.a.w. Daripada Mughirah r.a. katanya , Sa'ad bin Ubaidah mengatakan : "Sekiranya aku melihat lelaki berkelakuan serong (bermesra-mesra) dengan isteriku , nescaya lelaki itu aku tetak dengan mata pedang yang tajam , bukan dengan sisi tepi pedang!"

Ucapan itu sampai kepada Rasulullah s.a.w. lalu Baginda berkata : " Mengapa kamu hairan melihat cemburu Sa'ad? Demi Allah , aku lebih cemburu daripadanya (terhadap perkara yang diambil endah dan benci demi agama). Dan Allah lebih cemburu daripadaku. Kerana itu dilarang-Nya mengerjakan perbuatan keji, baik yang terang ataupun tersembunyi. Dan tiada seorang pun yang suka memberi maaf lebih daripada Allah , dan kerana itu diutus-Nya orang yang akan memberikan peringatan. Tiada seorang pun yang suka menerima pujian lebih daripada Allah , dan kerana itu (untuk orang memuji-Nya) dijanjikan syurga." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Cemburu Allah Tanda Besarnya Cinta

Kecemburuan Allah langsung tidak menunjukkan kerendahan atau Dia memerlukan kita. Maha Suci Allah daripada sebarang sifat kekurangan. Cemburu Allah adalah tanda besarnya cinta Yang Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hamba-Nya.

Dia tak memerlukan kita. Dia tak luak dengan kelalaian kita. Tak terjejas tanpa cinta kita.
Tapi kita? Keperluan kita kepada cinta-Nya lebih penting daripada memerlukan makanan,minuman atau oksigen.Mencintai Allah adalah fitrah hidup kita semua.

Dia cemburukan hati kita yang meletakkan cinta lain lebih agung daripada-Nya kerana Dia sayangkan kita. Dia tidak mahu kita menempah jalan sengsara. Dia menawarkan cinta yang tidak pernah mengenal kecewa. Inilah hakikat cinta teragung.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : " Dan antara manusia ada yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah,mereka mencintainya sebagaimana mencintai Allah. Adapun orang yang beriman lebih besar kecintaannya kepada Allah".(Surah Al-Baqarah 2: 165)

Cinta-Nya cinta utama. Cinta-Nya membuatkan semua masalah besar terasa kecil kerana kita ada Allah yang Maha Besar untuk menyelesaikannya. Cinta-Nya membuatkan kita berasa kuat dan yakin diri kerana percaya ada Raja yang mempunyai kerajaan langit dan bumi bersama kita. Cinta-Nya membuatkan hidup kita mulia kerana merasakan diri kita hanya hamba-Nya, tidak boleh diperhambakan oleh sesama manusia.

Bila Kita Tak Kisah

Apabila kita tidak amibil kisah tentang kecemburuan Allah s.w.t.,terus mengagungkan makhluk daripada-Nya,bimbang cinta Kekasih Agung meninggalkan kita. Azab Allah yang amat berat didunia ialah apabila Dia memisahkan kita daripada jalan-jalan menuju hidayah, menuju ke syurga. Apabila Allah s.w.t. memisahkan kita daripada kebaikan-kebaikan, maka apa ertinya hidup kita ini lagi?

Lebih menakutkan apabila Allah menghilangkan "rasa" yang boleh menyelamatkan hidup kita. Ketika itu, kita biasanya hilang pertimbangan yang wajar dalam mengambil sesuatu keputusan yang bijak. Pernah dilaporkan dalam akhbar bagaimana seorang gadis dengan mudahnya ditipu tanpa sebarang rasa. Gadis itu menunggu abangnya diperhentian bas. Tiba-tiba, sebuah teksi berhenti dan seorang pemuda keluar daripada tempat duduk belakang. Dia meluru kepada gadis itu dan mencaci maki dirinya.

"Memang sah, kamulah yang curi handset saya!" tuduhnya.
"Hey! Saya tak tahu apa-apa.." Gadis itu membela diri sambil terpaksa menebal muka dan menahan malu terhadap orang sekeliling ketika itu.
" Kalaua kamu rasa kamu betul, mari kita selesaikan di balai polis".

Gadis itu tanpa curiga terus mengikut lelaki itu menaiki teksi. Teksi membawanya ke sebuah hotel. Akhirnya, dia dirogol di situ. Kenapa begitu mudah dia ditipu oleh lelaki jahat itu?

Bagaimana Mereka Menguruskan Cinta

Ya, ketarikanmu kepada si dia itu lumrah. Fitrah yang Allah hadirkan. Setiap fitrah ada peraturannya. Fitrah makan pun ada peraturan, inikan pila fitrah cinta? Oleh sebabt itu, wajarkah anda mencipta langkah seterusnya tanpa membelek sedikit pun peraturan yang telah Allah tetapkan?

Sanggupkah dirimu mencipta sebuah kenangan cinta tanpa peraturan? Penuh maksiat hati. Menjalar pula pada maksiat perbuatan.

Teman2 ku sayang, bukan dirimu sahaja yang mengalami rasa cinta, malah semua orang takkan terkecuali termasuk para rasul, sahabat dan orang soleh. Bezanya, bagaimana mereka menguruskan perasaan itu? Bagaimana pula kita menguruskannya?

Ibn al-Qayyim menukil indah dalam bukunya Raudah al-Muhibbin tentang kisah Sayidatina Fatimah al-Zahra pada malam pertamanya. Fatimah, puteri Rasulullah si pengantin baru berkata kepada suaminya, Sayidina Ali."Kanda, dulu sebelum kita nikah, dinda teringin sangat nak jadi isteri seseorang. Dinda amat mengaguminya". Dengan penuh cemburu, Sayidina Ali berkata : "Habis tu, dinda menyesal nikah dengan kanda?". Si isteri menjawab nakal dengan senyuman menghias bibir : "Tak kandaku sayang, kerana orang itu ialah kanda". Kisah ini menjadi salah satu bukti jelas bahawa puteri Rasulullah sendiri pernah memendam perasaan cinta kepada Sayidina Ali,mengagumi,merindui dan memasang impian hidup bersamanya. Namun, adakah si gadis beriman itu berani menghantas surat tanpa pengetahuan wali, berhubung melalui burung merpati, mengatur dating di belakang pohon kurma atau membonceng unta bersama kekasihnya?

Begitu juga Sayidina Ali. Adakah dia melalaikan Fatimah dengan janji-janji kosong sebelum menikah? Adakah dia meredah hak wali dengan terus mengurat gadis idamannya? Adakah die terburu-buru merebut cinta Fatimah yang turut diimpikan oleh sayidina Abu Bakar dan Umar dengan membawanya lari? Adakah dia meminang Fatimah ketika tidak membina kualiti diri?
Kita pula, bagaimana menguruskan perasaan fitrah kita kepada si dia? Adakah dengan jalan yang menghampiri fitnah atau dengan jalan yang menghampiri barakah?

Teman2 yang dikasihi kerana Allah. Renunglah dengan mata hati apa yang telah kita lakukan ke atas fitrah kita. Refleksi diri selagi masih berkesempatan. Tiada manusia yang syumul melainkan Rasul tercinta.

No comments:

Post a Comment