Monday, May 10, 2010

..::Selamat Hari Ibu,Mak,Momy,Mama & seangkatan dengannya::..



Sekadar Perkongsian Ilmiah..


Kemusykilan Agama – Sambutan Hari Ibu Haram?

Mari kita singkap makna sebenar Hari Ibu / Mother’s Day menurut Wikipedia : “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”

Maksudnya di sini ialah bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.

Jadi persoalannya di sini, perlukah kita sebagai orang Islam untuk menyambutnya?


Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.


Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”


[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24]

Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”


Manakala masyarakat kita pula umumnya lebih cenderung dengan budaya ikut-ikutan. Sentiasa terpengaruh dan terpedaya dengan budaya orang kafir dan barat. Bila orang kafir sambut hari valentine kita pun nak sambut sama! Bila orang kafir sambut april fool, kita pun ‘fool’ sama kerana sambut hari karut tu! Bila orang kafir sambut hari ibu dan hari bapa kita pun nak buat sama! Sungguhpun perayaan ini murni dari pandangan mata kasar kita. Tapi hakikat agama Islam kita tidak pernah mensyariatkan atau menuntut umat-umatnya agar menghormati dan menyayangi orang tua mereka, suami atau isteri mahupun anak-anak mereka pada hari-hari tertentu sahaja.


Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”

[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani]

Islam adalah ‘Deen’ atau cara hidup. Ia telah merangkumi segala-galanya. Bukan hanya kehidupan untuk di dunia yang sementara ini bahkan kehidupan abadi (abadan-abadan) nun di akhirat kelak. Moga ALLAH Subhana Wa Ta’ala terus memelihara kita semua agar kekal terus dalam agamanya iaitu Islam dan mengamalkan cara hidup yang berlandaskan syariat Islam yang sebenar.

Sunday, May 2, 2010

..::Seuntai Kalam Mutiara::..

"Muslimah...
Apabila teruna memandang dikau,
kau tunduk mengelak panahan syaitan,
Apabila teruna memujuk rayu,
dikau anggap itulah kalimah iblis syaitan,
Apabila teruna menutur harapan indah,
dikau yakin janjiNYA lebih bahagia disana,
Kerana kau mengerti & menyedari akan erti maruah peribadi sejati,yang diselaputi Iman yang hakiki,yang tidak semurah itu.."

"Bukan namanya perjuangan kalau mahu senang,
sifat berjuang mesti payah,jerih,penat,korban masa & tenaga.
Namun berjuang bukanlah 1 profesyen pilihan tapi adalah 1 kewajipan"

"Menyusuri kehidupan duniawi ini,
Terselit satu perjuangan seorang hamba,
Menuju ketenangan yang hakiki,
Menuju & munajat diri mengejar maghfirah,
Mujahadah dalam mencari keredhaanNya"

>>Sama ada kita sedar ataupun tidak,setiap perbuatan atau sesuatu yang kita inginkan perlu kepada PENGORBANAN & PERJUANGAN..Bukan ia datang bergolek tanpa kita cari & usaha untuk mendapatkannya..Muhasabah kembali serta fikirkan untuk kebaikan diri & Islam itu sendiri...

..::Salam Imtihan Dari Sahabat buat Teman::..


Duhai Sahabat...
Sedar dan ketahuilah bahawa hakikat imtihan yang sebenar adalah ;

* Medan untuk menguji keikhlasan.
* Medan untuk menguji kefahaman terhadap ilmu yang dipelajari.
* Pendorong untuk menguasai ilmu dengan baik.
* Sistem dan disiplin untuk memantapkan ilmu.
* Melatih memantapkan penghafalan.
* Melatih melontarkan apa yang telah dipelajari.
* Mengasah & menajamkan ingatan.

Justeru itu..duhai Sahabat..

Mengapa gelisah menghadapi imtihan??
Natijah kita berkat keikhlasan..Andai kegagalan menemui kita,
Yakinlah itu ujian dari Allah yang terkandung banyaknya hikmah.
Manfaatkanlah segala senjata doa,solat,kesabaran,keikhlasan yang kita ada.

Gigih berusaha itu pahit dan perit pada permulaannya,tapi pasti
akan manis dan bahagia diakhirnya.
Seandainya kita merasakan sesuatu itu bernilai untuk dimiliki.
Maka...ia amat Bernilai untuk diperjuangkan..Jangan kita merasa lemah
dan tertekan dengan imtihan..Hadapi dengan tenang,serahkan hati pada Nya.

>>Salam imtihan buat sahabiat sekalian..Moga kita diberi kekuatan,ketabahan,
kemudahan & kesihatan sepanjang menghadapi imtihan kali ini...Jadikan perkara
yang lepas itu sebagai kekuatan untuk kita hadapi perkara yang depan mata,yang
akan kita lalui nanti..
Usaha!! ajah2 fighting!! Bitaufiq Wa Najah..Rabbi yasir wala tu'asir..
Kejayaan milik kita jua untuk Islam..InsyaAllah..(^_^)


..::Bingkai Kehidupan::..

Mengharungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh & darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka dijalan Allah
Kan menjadi saksi pengorbanan

Allah Ghoyatuna
Arrasul Qudwatuna
Al-Quran Dusturuna
Al-Jihadu Sabiluna
Al-Mautu fi Sabilillah
Asma' Amanina

Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al-Quran pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah
cita2 kami tertinggi


Shoutul Harakah...