Sunday, November 20, 2011

Barakallahulakuma buat saudara seaqidah ku..

Alhamdulillah gembira mendengarnya, ramai sahabat-sahabat yang akan mendirikan Masjid dan ada juga yang sudah selamat bernikah, hanya tinggal majlisnya sahaja.

Buat sahabat-sahabat :

Fairuz bt Kadri dan pasangannya Muhammad Syafiq Safwan Bin Harith,
Ustazah Herlina bt Syarial dan pasangannya Ustaz Ahmad Daniel bin Hasan, dan
Nurul Huda bt Samsudin serta pasangannya Mohd Fakhrulrazi bin Mansor.

Barakallahulakuma wabaraka alaikuma wa jama'a bainakuma fil khair. Semoga berbahagia dan diberkati Allah hidup kalian. Dengan ini sukalah kiranya saya kongsikan apa yang telah saya baca dan pelajari tentang ucapan untuk pasangan mempelai yang baru mendirikan Masjid dan yang akan mendirikan Masjid.

Menurut sebuah hadith,telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata, “semoga berbahagia dan ramai anak”.

Mendengar kata-kata sedemikian Aqil berkata, “Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah melarang yang demikian”.

Mereka lalu bertanya, “jika demikian, apakah yang patut kami katakana wahai Abu Yazid?”

Aqil menjawab, “katakana (semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita”.

Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasulullah s.a.w ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a lalu baginda bertanya. “ apakah ini?”

Abdul Rahman r.a menjawab, “saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma”.

Rasulullah s.a.w bersabda, “(semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash”.

Menurut Abu Hurairah r.a apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w akan berkata, “(semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan)”.


Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan – ucapan Rasulullah s.a.w di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh jika kita mengucapkan “semoga berbahagia dan banyak anak”.

Kerana, kehidupan pasangan yang diberkatiNya sudah tentu gembira dan bahagia. Sedangkan kehidupan pasangan yang gembira dan bahagia, belum tentu mendapat keberkatan dari yang Maha Esa.

p/s : Setiap makhluk yang bergelar manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan, tetapi kita sebagai manusia perlu berusaha memperbaiki kesilapan untuk mendapatkan kebaikan dan keberkatan dari Allah. Mulakan hari bahagia anda dengan mengikut sunatullah bukan semata-mata ikut adat manusia jahiliah. Kita inginkan permulaan hidup dengan keberkatan dan keberkatan itu biarlah berpanjangan, jangan merosakkan hari permulaan hidup anda dengan pasangan. Semoga kita sentiasa hidup dengan mendapat keberkatan dan keredhaanNya. Aminn...

Thursday, November 17, 2011

Sekadar Coretan buat Suami Tercinta Fillah..

Masuk harini merupakan hari ke Dua suamiku bertugas di outstation. Rasa rindunya kepada beliau tak dapat digambarkan.. Ya Allah, moga Kau berikan rasa ini dalam hatinya jua..=)

Suamiku, Qila harap kamu baik-baik saja disana..

Buat suamiku yang dikasihi kerana Allah..

Semoga selamat perjalananmu, selesai urusanmu, jua dipermudahkan segalanya.. Rasa rindu ini Qila terbitkan dengan lagu yang digemari sebagai pengubat hati..


Lagu dari Maher Zain

~ Sepanjang Hidup ~


Aku bersyukur kau di sini kasih

Di kalbuku mengiringi

Dan padamu ingin ku sampaikan


Kau cahaya hati

Dulu ku palingkan diri dari cinta

Hingga kau hadir ubah segalanya

Oh inilah janjiku kepadamu


reff:

Sepanjang hidup bersamamu

Kesetiaanku tulus untukmu

Hingga akhir waktu kaulah cintaku

Cintaku..


Sepanjang hidup seiring waktu

Aku bersyukur atas hadirmu

Kini dan selamanya aku milikmu

Yakini hatiku


Kau anugerah Sang Maha Rahim

Semoga Allah berkahi kita

Kekasih penguat jiwaku

Berdoa kau dan aku di Jannah


Ku temukan kekuatanku di sisimu

Kau hadir sempurnakan seluruh hidupku

Oh inilah janjiku kepadamu




Sepanjang hidup bersamamu

Kesetiaanku tulus untukmu

Hingga akhir waktu kaulah cintaku

Cintaku..


Sepanjang hidup seiring waktu

Aku bersyukur atas hadirmu

Kini dan selamanya aku milikmu

Yakini hatiku..


Bersamamu ku sadari inilah cinta

Tiada ragu dengarkanlah

Kidung cintaku yang abadi






Semoga kebahagiaan yang dikecapi berkekalan hingga ke syurga Allahhu Rabbi..

Dan semoga Allah meredhai serta merahmati hidup kita di dunia dan akhirat.. aminnn

Wednesday, November 16, 2011

~ Aduhai.... tentang WANITA lagi....~

REMAJA 15 TAHUN TERLANJUR 20 KALI

PETALING JAYA : Tindakan seorang kakak merampas telefon bimbit adik perempuannya membongkar rahsia perbuatan keji gadis terbabit yang terlanjur lebih 20 kali bersama teman lelakinya sejak beberapa bulan lalu.

Kejadian itu terbongkar jam 11.30 malam Sabtu lalu, selepas kakak berkenaan menemui SMS berbaur lucah dihantar teman lelaki adiknya berusia 19 tahun menyebabkan kakak berusia 20-an itu mendesak adiknya menceritakan perkara sebenar.


Terkejut membacanya, macamana boleh kata "TERLANJUR" perkataan "TER" tu kalau kita faham,boleh diertikan dengan membuat sesuatu itu tanpa disengajakan, tetapi ini dah 20 kali perbuatan itu dilakukan, rasanya bukan TANPA disengajakan tetapi MEMANG sengaja melakukan perbuatan terkutuk tersebut,aduhai... Sedih rasanya, usia masih terlalu muda kenapa dihancurkan dengan sedemikian rupa.. Apa nak jadi dengan REMAJA hari ini..

Teringat kata2 seorang GURU sewaktu menimba ilmu di SMA Arab Annur, " Perempuan itu ibarat kristal di dalam kaca, hanya boleh dilihat tetapi tidak boleh disentuh"

Hadis pun ada menyatakan ,yang bermaksud:

Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu. (Hadis Riwayat ath-Thabrani, Mu'jam al-Kabir, 20/211, no.486 & 487)

Tetapi apa yang kita lihat sekarang, bukan setakat diSENTUH, tapi diPELUK, diCIUM, malah lagi berani diSETUBUHI, kemana perginya harga diri kalian wahai Teman2 Wanitaku??? Kenapa sanggup kau hancurkan maruah & masa depan mu?? Kasihanilah Ayahmu.. Kasihanilah Ibumu.. Inikah erti kebebasan yang kalian inginkan?? Merendahkan harga diri, menjatuhkan maruah sendiri.. Astaghfirullahhal A'zim... Bertaubatlah teman2, ingatlah Allah, Tuhan yang Maha tahu segalanya, Yang Maha Pengampun, Yang Maha Mengasihani.. Kembalilah ke pangkal jalan sebelum terlambat.

Monday, November 14, 2011

Buat Teman2 Wanitaku..


Wahai teman-teman wanita ku...

kemana hilangnya tudung labuhmu??

kemana hilangnya baju labuhmu??

yang dulu kau kenakan sewaktu di sekolah menengah dahulu...

kemana perginya sifat malumu??

yang dulu ku lihat terpancar dari wajahmu...

kemana hanyutnya azam dan wawasanmu??

yang dikau pernah nyatakan padaku..

yang engkau katakan mahu menjadi muslimah sejati

yang engkau katakan mahu menjadi pengganti serikandi

yang engkau katakan mahu menjaga segala peribadi

yang engkau katakan mahu mencontohi akhlak isteri-isteri nabi

kini...

aku rasakan sepi..

ku rasakan hampa..

ku rasakan duka dan kecewa..

wahai teman-teman wanita ku sekalian...

menutup aurat bukan sekadar rambutmu yang di simpan...

tetapi tubuhmu yang ditayang menjadi tatapan...

menutup aurat adalah satu kewajipan...

baik lelaki mahupun perempuan...

suruhan yang diperintahkah Tuhan...

litupilah dirimu dengan selabuh-labuh pakaian...

mengelakkan dirimu di tunggangi syaitan...

Ya Allah..

sedarkahlah kami dari kejahilan ini..

pandulah kami kembali ke arah kebenaran..

pada Mu jua kami pohon taubat dan kemaafan...

juga aku impikan sebuah harapan...

untuk ku jadikannya kenyataan...

untuk ku bawanya bersama ke syurga idaman..

ku pohon padamu seorang teman...

wanita solehah sebaik-baik hiasan...

aminn ya robbal alamin...


~Mohd Nabhan Md Noor~


Moga nukilan dari sahabat ini bukan sekadar dibaca, bukan sekadar dilihat, ambillah isinye, direnungkan dalam2,tanam dalam hati & sematkan dalam diri..Moga kita sentiasa diberi taufiq & hidayah dari Sang Maha Pencipta..aminnn