
Menurut sebuah hadith,telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata, “semoga berbahagia dan ramai anak”.
Mendengar kata-kata sedemikian Aqil berkata, “Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah melarang yang demikian”.
Mereka lalu bertanya, “jika demikian, apakah yang patut kami katakana wahai Abu Yazid?”
Aqil menjawab, “katakana (semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita”.
Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasulullah s.a.w ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a lalu baginda bertanya. “ apakah ini?”
Abdul Rahman r.a menjawab, “saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma”.
Rasulullah s.a.w bersabda, “(semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash”.
Menurut Abu Hurairah r.a apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w akan berkata, “(semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan)”.
Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan – ucapan Rasulullah s.a.w di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh jika kita mengucapkan “semoga berbahagia dan banyak anak”.
Kerana, kehidupan pasangan yang diberkatiNya sudah tentu gembira dan bahagia. Sedangkan kehidupan pasangan yang gembira dan bahagia, belum tentu mendapat keberkatan dari yang Maha Esa.

No comments:
Post a Comment