Thursday, October 28, 2010

~SuNah Rasulullah~


Assalammualaikum pembuka bicara..
Sedikit dikongsi moga mendapat manfaat bersama..
Buat sahabat- sahabat..(^_^)

by :- Mohd Najib

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

wallahu a'lam.


Wednesday, October 20, 2010

.:Peringatan Junjungan Nabi S.A.W buat Wanita:.


Setelah sekian lama meninggalkan blog,harini cuba untuk mencoretkan sedikit perkongsian yang moga2 dapat diambil manfaat bersama,lnsyaAllah..

Kebetulan tadi pagi pergi keSafarah(Kedutaan Malaysia) Iskandariah Mesir,niat hati mahu membuat kashful natijah (terjemahan keputusan) sambil menunggu pengurusan,sempat lah memebelek majalah Anis.Terjumpa satu tajuk yang menarik ingin dikongsikan,yang mungkin kalian pernah tahu atau memang tahu..Alakulihal sama2 kita ingatkan semula apa yang mungkin kita dah lupakan ataupun buat2 lupa..Astaghfirullahhal A'zhim..

"Wanita, apabila dia bersembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat akan suaminya, maka masuklah dari mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki."
(Riwayat Ahmad, Ibnu Hibba, Thabrani, Anas Bin Malik)

"Perempuan itu aurat, maka apabila dia keluar, maka mendongaklah syaitan memandang akan dia." (Riwayat Tarmizi)

"Dinikahi wanita kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. maka carilah yang kuat agamanya nescaya kamu bertuah."(Riwayat Bukhari)

"Dunia adalah sebaik-baik perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita(isteri) yang solehah." (Riwayat Muslim)

"Apabila lari wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya sehingga dia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (memohon maaf)." (Riwayat Hassan)

"Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami atau muhrimnya) adalah seumpama gelap gelita pada hari kiamat, tiada nur baginya." (Riwayat Tarmizi)

"Mana-mana wanita yang memakai bau-bauan, kemudian dia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya, maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandangnya adalah zina."(Riwayat Ahmad, Thabrani dan Hakim)

"Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu masing-masing akan ditanya tentang mereka yang kamu pimpin. Raja Pemimpin kepada keluarganya dan isteri pemimpin rumahtangga suaminya dan anak-anaknya. Maka kamu sekalian pemimpin dan akan bertanggungjawab atas pimpinanmu."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Syurga itu terletak dibawah kaki ibu."(Riwayat Imam Ahmad)

"Wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak, haramlah baginya bau syurga."
(Riwayat Abu Daud, Tarmizi)

"Wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya, nescaya masuk dia ke dalam syurga."(Riwayat Tarmizi)

>>Buat diri yang kerdil juga kalian yang dikasihi fillah..moga peringatan yang disampaikan oleh Rasul tercinta dapat kita manfaatkan dalam diri,bagaimana mudahnya wanita dapat masuk syurga juga mudah masuk neraka.Nauzubillah..Mana yang buruk kita perbaiki,setiap manusia pasti tak lari dari kesilapan,tapi percayalah Allah sentiasa mengampunkan dosa hamba yang bertaubat kepadaNYa..Salam muhasabah bersama..(^_^)

Tuesday, August 31, 2010

..::salam rindu & sayang buat kamu::..

my luv Momy & Dad...romantik couple..hee~

Big Brother : A.Iwan & SiL : K.Intan..Luving couple..acehh

my beloved sis : Nirzwana..Ayu lagi....=D

Y.Bro : Azmye...Macho man..ahaks..

Lit Bro : Ahcu Azie...Cute man..heehee

Kak Cik Alya Maisarah..my Babe...(",)

Cik Ibab @ Ainnul Mardhiah..My lit rock Babe..(^_^)


Seandainya kalian tau hati ini sedang merindui..
Pasti akan dibawa pulang diri ini..huhu
Dah2..sikit je nak merepek..xboleh lebih2..


>>Akibat kerinduan yang melampau....Tak dapat raye same2..huhuhu(-_-)

Monday, August 23, 2010

Ramadhan Hari ini..




Assalammualaikum..

"Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna...
Agar dapat ku lalui dengan sempurna..."

Sedar tak sedar dah hampir setengah bulan kita lalui ramadhan kali ini..Adakah sempurna ibadah kita dalam bulan ramadhan ni..??Muhasabah kembali diri & iman teman-teman..Kita tidak pernah tahu bila & di mana saat kematian menjemput kita..Sedang semua teman-teman & diri ini tahu,kematian itu menghampiri & mendekati..Bila tiba saatnya tidak akan lewat & tidak akan cepat sesaat pun kita dijemput oleh Malaikat Maut..

Teman-teman..

Andai ini ramadhan terakhir kita..Apa yang akan kita lakukan??
Masih ada masa lagi untuk kite perbaiki ramadhan yang masih berbaki..Semoga Allah beri kesempatan untuk kita mempertingkatkan lagi amal ibadah kita hingga sampai ke penghujung ramadhan ini..


"Orang yang berpuasa mendapat 2 kesenangan iaitu; kesenangan ketika berbuka puasa & kesenangan ketika berjumpa Tuhannya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum daripada aroma kasturi" (HR Bukhari Muslim)

Teman-teman..

Besar nikmat & ganjaran yang akan Allah bagi andai kita menjalani ibadah puasa ini dengan penuh keikhlasan serta kesabaran..Berpuasa bukan sekadar menahan diri dari kelaparan & kehausan,tetapi menahan diri kita dari melakukan segala perbuatan lagha atau perbuatan yang melalaikan.Dikesempatan ramadhan ini sama-samalah kita mentarbiah diri kita dari pelbagai aspek demi meraih redha dan cinta dari Yang Maha Esa..


>>Selamat meneruskan ibadah puasa hingga ke akhirnya...InsyaAllah..(^_^)

Sunday, August 22, 2010

-Dari dia buat semua..-

Salam buat Teman...

Jika kau fikirkan hal-hal yang paling hebat,
Engkau akan menjadi terhebat..
Tetapkan akal pada hal tertinggi,
dan engkau akan mencapai yang paling tinggi..

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata,
dan dia berkata selaras dengan tindakannya..

Orang yang terlalu memikirkan akibat dari
sesuatu keputusan atau tindakan,
sampai bila-bila pun dia tidak akan
menjadi orang yang berani..
Kerana orang yang berani itu
sedia menghadapi risiko..

Tuesday, August 3, 2010

..::Satu Cinta::.


Ku memohon dalam sujudku padaMu...
Ampunkanlah segala dosa dalam diri..
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan..
Pendirianku..Keimananku..

Engkau satu cinta yang selamanya aku cari..
Tiada waktu ku tinggalkan demi cintaku kepadaMu..
Walau 1000 rintangan akan menghadang dalam diri..
Ku teguhkan hati ini..hanya padaMu..

Ku pasrahkan.....

Oh Tuhan..selamatkanlah hamba ini..
Dari segala fatamorgana dunia..
Oh Tuhan jauhkanlah hamba ini..
Dari hidup yang sia2..

Ya Allah kuatkan hati ini tuk menghadapi
mehnah,ujian & cabaran hidup yang masih berbaki..
Mohon kuatkan iman & thabatkan hati ini
juga sahabat-sahabat ku
agar tetap di jalan juang Mu Ya Allah..
Aminnn(-_-)

Sunday, June 20, 2010

..::Sedikit perkongsian buat sahabat::..

Aku berdosa, tetapi aku berjaya….
Mar 11th, 2009
by Hilal Asyraf
http://ms.langitilahi.com

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusia yang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Jangan rasa gundah bila anda menjaga hubungan dengan ALLAH, tetapi anda masih tidak berjaya di dalam pelajaran mengikut neraca manusia lain. Contoh macam seorang kawan saya. Dia mendapat 2A, sedangkan pada pandangan manusia biasa, cemerlang itu dikira dengan A yang banyak. Tetapi apa kata kawan saya?

“ Ana dapat hidup tenang, bahagia, boleh lagi beribadah kepada ALLAH, kemudian ana masih boleh hidup dalam ketaatan kepadaNya. Maka itupun ana dah puas hati la Hilal. Mungkin ana tak ada rezeki dalam SPM, ana ada rezeki dalam benda lain.”

Nampak? Dia tidak jauh dari ALLAH, malah bersangka baik kepadaNya, menerima dengan redha, ditambah pula dengan azam untuk berusaha di lapangan lain pula. Pada saya, itulah kecemerlangan yang sebenarnya.

Saya masih ingat kata-kata guru Al-Quran saya, Ustaz Abdul Hadi bin Othman, apabila saya pertama kali menjejakkan kaki ke MATRI. Kata beliau,

“ Antum datang sini, kami nak bagi antum menjadi manusia yang soleh, yang cemerlang akhlak, yang terjaga syahsiah, yang bersih pemikiran. Bukan untuk kaut A bertimbun. Kalau antum dapat banyak A dalam peperiksaan, maka itu adalah bonus.”

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi.

Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak.

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita...nauzubillah..

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

http://ms.langitilahi.com


>>Moga perkongsian ini dapat menyedarkan kita dari tersasar & berprasangka pada Allah...
sama2 ambil ikhtibar....wallahhu a'lam..

Monday, June 14, 2010

..::Selamat menunaikan ibadat Bulan Rejab::..

>>Keistimewaan bulan Rejab..

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikian antara keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

>>Sekadar perkongsian..Selamat beramal ibadat...moga Allah meredhai..& beri kesempatan utuk kita sampai kepada bulan Ramadhan..

Sunday, June 13, 2010

Penawar bagi hati...

Sekadar perkongsian buat sahabat2..setelah sekian lama tidak mengupdate blog ni...
Sama2 amik manfaat dari kalam ni ye..(^_^)

Berkata seorang ulama,Ibrahim Al-Khawas R.A: “ Sesungguhnya UBAT HATI itu ada lima perkara,maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut... Pertama,bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandungannya... Kedua,mengosongkan perut dari terlalu kenyang... Ketiga,bangun (beribadat) di waktu malam... Keempat,menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) disepertiga malam dan... yang kelima,sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh”

Monday, May 10, 2010

..::Selamat Hari Ibu,Mak,Momy,Mama & seangkatan dengannya::..



Sekadar Perkongsian Ilmiah..


Kemusykilan Agama – Sambutan Hari Ibu Haram?

Mari kita singkap makna sebenar Hari Ibu / Mother’s Day menurut Wikipedia : “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”

Maksudnya di sini ialah bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.

Jadi persoalannya di sini, perlukah kita sebagai orang Islam untuk menyambutnya?


Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.


Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”


[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24]

Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”


Manakala masyarakat kita pula umumnya lebih cenderung dengan budaya ikut-ikutan. Sentiasa terpengaruh dan terpedaya dengan budaya orang kafir dan barat. Bila orang kafir sambut hari valentine kita pun nak sambut sama! Bila orang kafir sambut april fool, kita pun ‘fool’ sama kerana sambut hari karut tu! Bila orang kafir sambut hari ibu dan hari bapa kita pun nak buat sama! Sungguhpun perayaan ini murni dari pandangan mata kasar kita. Tapi hakikat agama Islam kita tidak pernah mensyariatkan atau menuntut umat-umatnya agar menghormati dan menyayangi orang tua mereka, suami atau isteri mahupun anak-anak mereka pada hari-hari tertentu sahaja.


Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”

[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani]

Islam adalah ‘Deen’ atau cara hidup. Ia telah merangkumi segala-galanya. Bukan hanya kehidupan untuk di dunia yang sementara ini bahkan kehidupan abadi (abadan-abadan) nun di akhirat kelak. Moga ALLAH Subhana Wa Ta’ala terus memelihara kita semua agar kekal terus dalam agamanya iaitu Islam dan mengamalkan cara hidup yang berlandaskan syariat Islam yang sebenar.

Sunday, May 2, 2010

..::Seuntai Kalam Mutiara::..

"Muslimah...
Apabila teruna memandang dikau,
kau tunduk mengelak panahan syaitan,
Apabila teruna memujuk rayu,
dikau anggap itulah kalimah iblis syaitan,
Apabila teruna menutur harapan indah,
dikau yakin janjiNYA lebih bahagia disana,
Kerana kau mengerti & menyedari akan erti maruah peribadi sejati,yang diselaputi Iman yang hakiki,yang tidak semurah itu.."

"Bukan namanya perjuangan kalau mahu senang,
sifat berjuang mesti payah,jerih,penat,korban masa & tenaga.
Namun berjuang bukanlah 1 profesyen pilihan tapi adalah 1 kewajipan"

"Menyusuri kehidupan duniawi ini,
Terselit satu perjuangan seorang hamba,
Menuju ketenangan yang hakiki,
Menuju & munajat diri mengejar maghfirah,
Mujahadah dalam mencari keredhaanNya"

>>Sama ada kita sedar ataupun tidak,setiap perbuatan atau sesuatu yang kita inginkan perlu kepada PENGORBANAN & PERJUANGAN..Bukan ia datang bergolek tanpa kita cari & usaha untuk mendapatkannya..Muhasabah kembali serta fikirkan untuk kebaikan diri & Islam itu sendiri...

..::Salam Imtihan Dari Sahabat buat Teman::..


Duhai Sahabat...
Sedar dan ketahuilah bahawa hakikat imtihan yang sebenar adalah ;

* Medan untuk menguji keikhlasan.
* Medan untuk menguji kefahaman terhadap ilmu yang dipelajari.
* Pendorong untuk menguasai ilmu dengan baik.
* Sistem dan disiplin untuk memantapkan ilmu.
* Melatih memantapkan penghafalan.
* Melatih melontarkan apa yang telah dipelajari.
* Mengasah & menajamkan ingatan.

Justeru itu..duhai Sahabat..

Mengapa gelisah menghadapi imtihan??
Natijah kita berkat keikhlasan..Andai kegagalan menemui kita,
Yakinlah itu ujian dari Allah yang terkandung banyaknya hikmah.
Manfaatkanlah segala senjata doa,solat,kesabaran,keikhlasan yang kita ada.

Gigih berusaha itu pahit dan perit pada permulaannya,tapi pasti
akan manis dan bahagia diakhirnya.
Seandainya kita merasakan sesuatu itu bernilai untuk dimiliki.
Maka...ia amat Bernilai untuk diperjuangkan..Jangan kita merasa lemah
dan tertekan dengan imtihan..Hadapi dengan tenang,serahkan hati pada Nya.

>>Salam imtihan buat sahabiat sekalian..Moga kita diberi kekuatan,ketabahan,
kemudahan & kesihatan sepanjang menghadapi imtihan kali ini...Jadikan perkara
yang lepas itu sebagai kekuatan untuk kita hadapi perkara yang depan mata,yang
akan kita lalui nanti..
Usaha!! ajah2 fighting!! Bitaufiq Wa Najah..Rabbi yasir wala tu'asir..
Kejayaan milik kita jua untuk Islam..InsyaAllah..(^_^)


..::Bingkai Kehidupan::..

Mengharungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh & darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka dijalan Allah
Kan menjadi saksi pengorbanan

Allah Ghoyatuna
Arrasul Qudwatuna
Al-Quran Dusturuna
Al-Jihadu Sabiluna
Al-Mautu fi Sabilillah
Asma' Amanina

Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al-Quran pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah
cita2 kami tertinggi


Shoutul Harakah...

Wednesday, April 28, 2010

..::Muhasabahkan Hati duhai pejuang Allah::..

Renungan biar sampai ke hati..bukan terawang difikiran & biarkan ia berterbangan tiada arah..

Jika kita merenung diri, renunglah hingga ke lubuk hati...kerana semua yg ada pada kita nikmat pinjaman dari yang Esa...tiada satu pun milik kita...Begitulah kehidupan dunia ini yang tiada kekal isi alamnya...yang diberi pinjam pasti akan di ambil kembali oleh peminjamnya yakni Allah...
Maka berbaktilah kepada dunia dgn menegakkan kalimah Allah, mengukuhkan semula benteng Islam, menajamkan kembali tombak mujahid yang cintakan kehidupan akhirat yang kekal abadi...

Ya Allah kuatkan kami dengan rabithah-Mu yang suci agar kami bisa mempertahankan ukhwah islami ini hingga kami bertemu Mu..

Ya Rabb...kukuhkan hati kami dengan cintaMu agar segala kerja kami sehari2 terarah ke jalan petunjuk Mu...redhailah kami dalam memperjuangkan agama-Mu...dan berkatilah segala ilmu kami yang telah kami pelajari...aminnnnn...

..::Iman & islam di Hati::..


"Sesungguhnya iman yg berada di dalam hati kamu menjadi lusuh seperti mana lusuhnya pakaian.Oleh itu mohonlah dari Allah taala supaya Dia membaharui iman di dalam hati kamu"-Riwayat al-Tabrani dan al-Hakim.

Saturday, March 27, 2010

..:::Nasihat buat diri::..

Lama sudah rasanya menyepi..meninggalkan blog bersendiri.Dalam kesibukan melalui tugas2 dan kerja harian hampir terlupa dengan blog yang telah sekian hari x diupdate lagi..Xtau la kenapa akhir2 ni..lemahnye diri..kemana entah semangatnya hilang.Alhamdulillah dikurniakan teman2 disisi..Dia hadir saat diperlukan..Dalam sibuk2 dia pon masih mampu beri nasihat kat diri ini..

Wahai neq ton....(Aqila)

Di manakah tanggungjawab anda sebgai seorang anak....sebgai seorang hambaNYA,dan sebgai seorang pelajar...Bukankah kamu telah berikrar dan bertekad di hati untuk belajar bersungguh2 pabila kamu menjejakkan kaki dibumi anbia..
Di bumi arab dan di bumi mesir, janganlah sesekali kamu lali dan lalai dalam setiap langkah yang telah kau jejaki,kerna setiap langkah itu mungkin kamu tersungkur dan terjautuh..dek kerana hasutan dan bisikan syaitan yang sentiase ingin mendampingimu tatkala kamu terleka walaupun sedetik..
Oleh itu...kuatkanlah semangatmu,jangan biar ianya rapuh.jangan biar ianye lebur..dek kerana sedikit kelalaian...kamu mengikutinye...so...
chaiyok2..!!!!Agi idup agi usaha,Agi hidup agi ngelaban...


Kalam Ulama' :-
"ingatlah perjuangan ini bukanlah dihamparkan dengan permaidani merah,tetapi ianya dibentangkan dengan kepayahan serta keringat dan darah"

Fikir2kanlah...selagi namanya khalifah,hambaNya..selagi itulah kita perlu berkerja,bergerak keranaNya.. Jangan sesekali futur wahai diri..Ingatlah janji Allah..

>>Syukran kathir buat ukhti fil Islam Zuhaira(Mak Encik)..semoga nasihat ini bukan hanya untuk diri tapi dapat dikongsi dengan sahabat2 yang terasa futurnya diri..Bersemangatlah melakukan kerja dan amal kerana Tuhan..Semoga Allah meredhai..(",)

Thursday, March 11, 2010

..::Al-Fatiha buat Sheikh Mohamed Sayed Tantawi::.


Harini sedang kami sibuk menjalani pogrem hari keluarga di Iskandariah tiba-tiba dapat massage dan makluman berita tentang Syeikh Al-Azhar kembali ke rahmatullah..Moge rohnye dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para solihin...Masa terima masage tu xberapa tau tentang berita tersebut..Tapi ada terbaca dari BH tentang berita selanjutnya & ana copy paste tuk pembaca mana lah tau ada yang belum tau lagi,saje nak kongsi maklumat ni..


KAHERAH: Pengetua Universiti Al-Azhar, Sheikh Mohamed Sayed Tantawi dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam lawatan ke Arab Saudi. Beliau berusia 81 tahun.

Penasihat beliau, Abdullah el-Naggar memberitahu televisyen Mesir, Nile News bahawa kematian berkenaan sesuatu yang mengejutkan sambil menyifatkan beliau kelihatan sihat ketika meninggalkan negara itu ke Arab Saudi.

Seorang ahli pegawai di pejabat Tantawi, Ashraf Hassan memberitahu, timbalan Tantawi, Mohamed Wasel akan memangku sementara jawatan pengetua sehingga presiden Mesir melantik seorang ketua baru.

Al-Azhar, yang mengendalikan sekolah, universiti dan institusi pendidikan lain di seluruh Mesir menerima hampir keseluruhan dana dari kerajaan.


Ketika dilantik pada 1996, Tantawi disifatkan sebagai mempunyai pandangan liberal terhadap isu termasuk membabitkan hak wanita tetapi dikritik kerana sentiasa mematuhi kerajaan.

Di pejabat, beliau menentang amalan berkhatan di kalangan wanita yang disifatkan sebagai bukan satu amalan dalam Islam dan berpendirian tegas menentang niqab yang menutup seluruh muka wanita.


Tahun lalu, beliau mengeluarkan larangan niqab di sekolah perempuan di bawah Al-Azhar.
Pihak berkuasa Arab Saudi berkata, Tantawi akan dikebumikan di perkuburan Baqee di Madinah berhampiran dengan makam Nabi Muhammad.

Tantawi yang dilantik oleh Presiden Hosni Mubarak pada Mac 1996, mempunyai pengaruh besar terutama di Mesir walaupun beliau tidak menjalankan tugas menguatkuasa undang-undang.


Pada Januari 2000 ketika perdebatan umum terhadap peraturan yang memudahkan prosedur perceraian bagi wanita di Mesir, Tantawi mengatakan tiada dalam Islam yang melarang wanita daripada menerima perceraian dengan mudah.


Tantawi juga turut menerima banyak kritikan termasuk pertemuan beliau dengan Ketua Pendeta Israel, Yisrael Lau pada 1997 bertujuan untuk mengembalikan hubungan dengan Israel yang ditentang kebanyakan penduduk Mesir walaupun kerajaan mempunyai perjanjian damai dengan Israel pada 1979.


Pada 2008, beliau menerima tekanan daripada ahli politik dan akhbar untuk meletak jawatan berikutan tindakannya berjabat tangan dengan Presiden Israel, Shimon Peres ketika satu persidangan antara agama di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.


Tantawi turut menyokong proses damai dengan Israel walaupun beliau turut mengutuk serangan radikal Islam terhadap negara Yahudi itu. Pada Mac 1997, beliau menggesa perang suci untuk mengembalikan semula Baitulmaqdis. - AP/Reuters

Selain berita dari BH ni jika ada sahabat yang ingin tahu maklumat lain boleh baca di MK..
Seorang demi seorang ulama pergi.Moga kita sama2 dapat merenungi adakah lagi insan seperti ini pada zaman yang serba moden seperti yang kita jalani..Walaupun orang selalu kata yang pergi akan berganti,tetapi adakah sama nilai dan kualiti dengan sebelumnya..
Sama2 kita fikirkan..

Tuesday, March 9, 2010

..::Membusykan diri::..

Sekarang ni mahasiswi Iskandariah tengah sibukkan diri dengan hari keluarga 2009/2010..
Yang berlangsung dari 8 Mac hingga 11 Mac 2010 bersamaan 22 R'Awal hingga 25 R'Awal 1431h. Tahun ni namenye sedap sikit dari biase..Hari Keluarga Orang2 Laut..Name mantiqah pun berkaitan dengan benda2 yang ada kat laut..Iaitu Tapak sulaiman,Kuda laut,Batu karang dan Obor2..Walaupun hakikatnya semua orang darat,bak kate seorang akhawat Alex siang tadi..Hari keluarga tahun ni bertemakan 'Ukhuwah di Hati Islam Terpatri'harap2 mahasiswi yang terlibat dapat la merealisasikan tema tersebut..Jadi xade la lagi istilah 'asobiah' dikalangan mahasiswi Al-Azhar khususnya Iskandariah.Sebelum mengakhiri ana nak kongsikan kalam ni untuk diri dan sahabat2 yang ziarah blog ni..

...:::Rabitah Hati Kami::..

Ahli bait 2010


Walaupun sikit tapi tetap apy..miss korang..

Sebahagian je kawan2 lelaki batch 01-05 yang lain xde..


Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati2 ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk memenuhi perintahMu,bersatu memikul beban dakwahMu. Hati2 ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat & menyokong syariatMu. Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, dan kekalkanlah kemesraan di antara hati-hati ini. Tunjukkan kepada hati2 ini jalan Mu yang benar.
Penuhkan hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap.
Lapangkan hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepada Mu. Hidupkan hati ini dengan ma'rifat tentang Mu. Jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati2 ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama Mu. Engkaulah sebaik-baik penolong.

Ukhuwah
itu bagai seutas tasbih..ada awal tiada penghujung.
Dicipta untuk mengingatiNya,
dibahagikan untuk cintaNya
dan diratib untuk redhaNya...

>>Moge ukhuwah kita berterusan..doa ni bukan hanya untuk sahabat yang ada di dalam gambar diatas je malah untuk sahabat2 yang pernah mengenali diri ini...Salam sayang ukhuwah fillah tuk sahabat2 semua..ukhuwah kerana Allah itu indah(",)Hargai ia sebelum ia pergi...

Tuesday, March 2, 2010

Seringkali kita terfikir bagaimana mulia & bersihnya hati,

Nabi kita Muhammad S.A.W :
  • Tetap senyum walau dibenci.
  • Tetap tenang bila dimusuhi.
  • Tetap membantu walau disakiti.
  • Tetap menyeru walau diusir pergi.
Kenapa kita ;
  • Mudah benci bila dikasari.
  • Mudah putus asa bila yang dilakukan tidak menjadi.
  • Mudah kecewa bila orang lain tak memahami.
  • Mudah terguris bila dinasihati.
Ayuh bangkitkan diri,agar segala yang indah menghiasi peribadi. Kerana Qudwah kita adalah Nabi Muhammad S.A.W. Kerana itulah sifat Allah S.W.T yang hakiki..

>>Buat diri ini dan kalian yang diingati..sama2 kita renungi dan muhasabah kekurangan diri..
mana yang tak elok harap dapat perbaiki..mana yang baik makin bertambah baik lagi..(",)

Saturday, February 20, 2010

...::Wanita Oh Wanita::..



Apakah hukum WANITA berseluar..???


Pada asalnya seluar adalah salah satu pakaian lelaki. Namun kebanyakan fesyen zaman kini menampilkan seluar sebagai salah satu pakaian wanita. Persoalan di sini apakah ianya dibolehkan dan apakah ianya menyerupai lelaki ?

Sebahagian ahli Fiqh mengatakan haram wanita memakai seluar kerana berpegang kepada hadith2 Nabi SAW yang menegah menyerupai lelaki. Walau bagaimanapun, ada sebahagian ulama yang mengharuskannya dengan membezakan bentuk, jenis dan cara memakainya. Ini berdasarkan hadith Nabi SAW maksudnya:


Diriwayatkan Ali bin Abi Talib RA berkata : "Satu hari aku duduk di sisi Rasulullah SAW di Baqie' ketika hari hujan lalu seorang wanita yang menunggang keldai. Tiba2 kaki hadapan keldai itu terpelecok ke dalam lopak hinggakan wanita itu terjatuh. Lantas Nabi SAW berpaling darinya. Berkatalah para sahabat ; Wahai Rasulullah, sesungguhnya dia memakai seluar. Kata Nabi SAW : Ya Allah, ampunilah wanita2 yang berseluar dari kalangan umatku. Wahai manusia, ambillah seluar kerana ia diantara pakaianmu yang paling menutup dan peliharalah wanita2 kamu dengannya apabila mereka keluar dari rumah "

(Riwayat Al-Baihaqi)

Dari hadith lain juga,


عن ابي هريرة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : رحم الله للتسرولات من النساء

Daripada Abi Hurairah Ra : Sesungguhnya Nabi SAW bersabda : " Moga Allah merahmati yang memakai seluar dari kalangan wanita "
(Riwayat Al-Baihaqi dan Al-Hakim)


Jika wanita memakai seluar yang ketat atau longgar, panjang atau pendek, tebal atau nipis dan dapat dilihat terus oleh lelaki ajnabi tanpa dilapis dengan pakaian lain di luarnya yang labuh serta menutupi seluruh tubuhnya hukumnya adalah
haram. Maka jika wanita itu pula memakai seluar bersama t-shirt, baju blaus, jeket ataupun sweater sahaja yang menampakkan bentuk pinggul dan peha itu juga adalah haram. Namun diharuskan pula bagi wanita memakai seluar yang diluarnyanya dipakai baju yang labuh menutupi seluruh badannya, tidak sempit, tidak nipis, tidak menampakkan warna kulit dan bentuk badan serta menepati syarat2 yang ditetapkan oleh Islam.

Perkara yang menjadi sebab wanita dilarang memakai seluar adalah kerana dengan niat memakainya ingin berlagak atau menampakkan diri seperti lelaki. Jika wanita memakai seluar yang diluarnya dipakaikan jilbab (pakaian yang labuh) atau jubah, maka itu tidaklah haram hukumnya bahkan dibolehkan. Larangan dalam masalah ini dapat berubah mengikut keadaan,waktu dan tempat. Bilamana wanita itu memakai seluar yang diluarnya ditutupi dengan jubah atau pakaian yang labuh yang menutupi seluruh tubuh, tanpa menampakkan bentuk tubuh, warna kulit serta penampilan seperti lelaki dengan hanya bermaksud untuk terjamin auratnya ditutup serta seluar tersebut mempunyai perbezaan khusus dari lelaki, maka dibolehkan memakainya dan tidak berdosa.


Moga apa yang hendak disampaikan ini difahami. Sama-sama kita fikirkan dan cuba perbaiki diri agar terhindar dari fitnah dan dosa yang kita lakukan tanpa kita sedari.


>>Doa Agar Selamat Daripada Fitnah<<

Surah Al-Mumtahanah : 4-5, maksudnya :

Ya Tuhan kami, hanya kepada Engkaulah kami bertawakal dan hanya kepada Engkaulah kami bertaubat dan hanya kepada Engkaulah kami kembali. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi orang-orang kafir. Dan ampunilah kami Ya Allah. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana.


...:::Buat Penuntut Ilmu::...

IMAM SYAFIE PERNAH BERKATA: Barangsiapa yang mempelajari Al-Quran,akan bernilai dirinya,barangsiapa yang merenung dan mempelajari fekah maka akan mulia kedudukannya,barangsiapa yang mempelajari bahasa akan lembut jiwanya,barangsiapa yang mempelajari matematik akan kuat fikiranya, barangsiapa menulis hadis akan kuat hujahnya, dan barangsiapa tidak memelihara dirinya daripada maksiat maka ilmunya tidak memberi menfaat kepada dirinya.

Wednesday, February 17, 2010

..:::Untuk Diri Ini dan Kalian...(2):::..

Renungkan....

"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya."



>>Khusus untuk diri dan kalian yang tersayang fiLLah..(",)

Saturday, February 13, 2010

...:::Dari Sahabat Untuk Sahabat:::...

Senyum kala gembira kerana itu sebaik utusan,menggambarkan keriangan dihati..
Senyumlah kala berduka kerana ia menggambarkan kerelaan hati untuk menempuh ujian Ilahi..

>>Massage from Ainn...sayang Ainn fiLlah..(^-^)

...:::Aku Cinta sama Kamu:::..


Salam..Buat sahabat2 yang dikasihi fillah..Hari ini ana nak kongsi sedikit dari kalam Imam Nawawi walaupun ringkas tapi dapat menggambarkan isi yang sangat bermakna bagi kite semua khusus untuk diri selaku insan yang kerdil ini...Moga kita sama2 dapat memahami maksud kalam yang hendak disampaikan..Selain itu terdapat juga dalam hadith Riwayat Imam Bukhari dalam kitab nikah,bab kufu dalam agama, yang menyatakan :

"Seseorang perempuan dikahwini kerana empat perkara : Harta, keturunan, kecantikan dan agamanya. Pilihlah yang beragama, kamu memerlukannya."

Kalimah kamu memerlukannya di dalam hadith di atas digunakan dengan maksud memberi galakan dan dorongan.

Maksud beragama dan berakhlak ialah taat, mengerjakan amal soleh, menjauhkan perkara2 yang haram serta menunaikan segala tanggungjawab rumahtangga.

Kesimpulan dari kalam dan hadith ini menunjukkan bahawa Agamalah merupakan perkara utama untuk mencapai kebahagiaan dalam perhubungan...Wallahhu a'lam....

Friday, February 12, 2010

...:::La Takhzan:::..

Kenapa aku diuji?

"Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;"Kami telah beriman,"sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta".
(Surah Al-Ankabut:2-3)

Kenapa aku tidak dapat apa yang aku inginkan?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah:216)

Kenapa ujian seberat ini?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah:286)

Rasa kecewa?

"Janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah Al-Imran:139)

Kepada siapa harus aku mengadu?

"Dan mintalah pertolongan(kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah:45)

Bagaimana harus aku hadapi?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan,dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan)serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya(mencapai kemenangan)."
(Surah Ali 'Imran:200)

Apa yang aku dapat dari semua ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin,diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.."
(Surah At-Taubah:111)

Aku tidak dapat bertahan!

"..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
(Surah Yusuf:87)

Hanya padaMu aku berharap...

"Cukuplah Allah bagiku,tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakal."
(Surah At-Taubah:129)

>>Renungan buat sahabat-sahabat juga khusus untuk diri yang menyampaikan ni..moge same2 dapat bermuhasabah, andai diri terasa lemah berwudu' & bacalah Kitabullah mana-mana ayat pon xpe..insyaAllah lenyaplah kesedihan yang menyelubungi hati..smile Always(",)<<

...:::Muhasabah Cinta:::..

Untuk Diri Ini dan Kalian...


"Hari ini bukan semudah semalam untuk bgelar manusia sempurna,banyak yang perlu dikorbankan,banyak juga yang terpaksa dilepaskan..Sekali langkah tersadung,rebah menyembah,sekali melangkah gagah,tersenyum megah..Sesekali diduga itu sekadar untuk mematangkan dan mengajar kita bangun untuk menjadi manusia sesempurna insan..."

>>sekadar untuk renungan buat sahabat2 yang disayang(",)<<

Thursday, February 11, 2010

Buat yang tersayang kerana Allah...


Hari ini adalah pemberian..manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba adalah yang paling tinggi Taqwanya..Semalam adalah sejarah buat kita..Beristighfarlah kita untuknya dan bersyukur atas kurniaan hidayah dariNYA..kerana sebaik-baik zikir adalah istighfar & sebaik-baik doa adalah Alhamdulillah..Esok adalah misteri yang padanya terletak angan2..dan sebijak-bijak manusia adalah yang sentiasa mengingati akan kematiannya dan mempersiapkan diri untuk kehidupan sesudah mati..dan terpeliharalah sebahagian Iman dalam dada anak Adam bila dalam hatinya menyintai saudara islamnya yang lain kerana Allah...

>>>ukhwah Fillah buat semua sahabat seperjuangan...<<