Saturday, February 20, 2010

...::Wanita Oh Wanita::..



Apakah hukum WANITA berseluar..???


Pada asalnya seluar adalah salah satu pakaian lelaki. Namun kebanyakan fesyen zaman kini menampilkan seluar sebagai salah satu pakaian wanita. Persoalan di sini apakah ianya dibolehkan dan apakah ianya menyerupai lelaki ?

Sebahagian ahli Fiqh mengatakan haram wanita memakai seluar kerana berpegang kepada hadith2 Nabi SAW yang menegah menyerupai lelaki. Walau bagaimanapun, ada sebahagian ulama yang mengharuskannya dengan membezakan bentuk, jenis dan cara memakainya. Ini berdasarkan hadith Nabi SAW maksudnya:


Diriwayatkan Ali bin Abi Talib RA berkata : "Satu hari aku duduk di sisi Rasulullah SAW di Baqie' ketika hari hujan lalu seorang wanita yang menunggang keldai. Tiba2 kaki hadapan keldai itu terpelecok ke dalam lopak hinggakan wanita itu terjatuh. Lantas Nabi SAW berpaling darinya. Berkatalah para sahabat ; Wahai Rasulullah, sesungguhnya dia memakai seluar. Kata Nabi SAW : Ya Allah, ampunilah wanita2 yang berseluar dari kalangan umatku. Wahai manusia, ambillah seluar kerana ia diantara pakaianmu yang paling menutup dan peliharalah wanita2 kamu dengannya apabila mereka keluar dari rumah "

(Riwayat Al-Baihaqi)

Dari hadith lain juga,


عن ابي هريرة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : رحم الله للتسرولات من النساء

Daripada Abi Hurairah Ra : Sesungguhnya Nabi SAW bersabda : " Moga Allah merahmati yang memakai seluar dari kalangan wanita "
(Riwayat Al-Baihaqi dan Al-Hakim)


Jika wanita memakai seluar yang ketat atau longgar, panjang atau pendek, tebal atau nipis dan dapat dilihat terus oleh lelaki ajnabi tanpa dilapis dengan pakaian lain di luarnya yang labuh serta menutupi seluruh tubuhnya hukumnya adalah
haram. Maka jika wanita itu pula memakai seluar bersama t-shirt, baju blaus, jeket ataupun sweater sahaja yang menampakkan bentuk pinggul dan peha itu juga adalah haram. Namun diharuskan pula bagi wanita memakai seluar yang diluarnyanya dipakai baju yang labuh menutupi seluruh badannya, tidak sempit, tidak nipis, tidak menampakkan warna kulit dan bentuk badan serta menepati syarat2 yang ditetapkan oleh Islam.

Perkara yang menjadi sebab wanita dilarang memakai seluar adalah kerana dengan niat memakainya ingin berlagak atau menampakkan diri seperti lelaki. Jika wanita memakai seluar yang diluarnya dipakaikan jilbab (pakaian yang labuh) atau jubah, maka itu tidaklah haram hukumnya bahkan dibolehkan. Larangan dalam masalah ini dapat berubah mengikut keadaan,waktu dan tempat. Bilamana wanita itu memakai seluar yang diluarnya ditutupi dengan jubah atau pakaian yang labuh yang menutupi seluruh tubuh, tanpa menampakkan bentuk tubuh, warna kulit serta penampilan seperti lelaki dengan hanya bermaksud untuk terjamin auratnya ditutup serta seluar tersebut mempunyai perbezaan khusus dari lelaki, maka dibolehkan memakainya dan tidak berdosa.


Moga apa yang hendak disampaikan ini difahami. Sama-sama kita fikirkan dan cuba perbaiki diri agar terhindar dari fitnah dan dosa yang kita lakukan tanpa kita sedari.


>>Doa Agar Selamat Daripada Fitnah<<

Surah Al-Mumtahanah : 4-5, maksudnya :

Ya Tuhan kami, hanya kepada Engkaulah kami bertawakal dan hanya kepada Engkaulah kami bertaubat dan hanya kepada Engkaulah kami kembali. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi orang-orang kafir. Dan ampunilah kami Ya Allah. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana.


No comments:

Post a Comment