Sunday, November 20, 2011

Barakallahulakuma buat saudara seaqidah ku..

Alhamdulillah gembira mendengarnya, ramai sahabat-sahabat yang akan mendirikan Masjid dan ada juga yang sudah selamat bernikah, hanya tinggal majlisnya sahaja.

Buat sahabat-sahabat :

Fairuz bt Kadri dan pasangannya Muhammad Syafiq Safwan Bin Harith,
Ustazah Herlina bt Syarial dan pasangannya Ustaz Ahmad Daniel bin Hasan, dan
Nurul Huda bt Samsudin serta pasangannya Mohd Fakhrulrazi bin Mansor.

Barakallahulakuma wabaraka alaikuma wa jama'a bainakuma fil khair. Semoga berbahagia dan diberkati Allah hidup kalian. Dengan ini sukalah kiranya saya kongsikan apa yang telah saya baca dan pelajari tentang ucapan untuk pasangan mempelai yang baru mendirikan Masjid dan yang akan mendirikan Masjid.

Menurut sebuah hadith,telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata, “semoga berbahagia dan ramai anak”.

Mendengar kata-kata sedemikian Aqil berkata, “Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah melarang yang demikian”.

Mereka lalu bertanya, “jika demikian, apakah yang patut kami katakana wahai Abu Yazid?”

Aqil menjawab, “katakana (semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita”.

Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasulullah s.a.w ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a lalu baginda bertanya. “ apakah ini?”

Abdul Rahman r.a menjawab, “saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma”.

Rasulullah s.a.w bersabda, “(semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash”.

Menurut Abu Hurairah r.a apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w akan berkata, “(semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan)”.


Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan – ucapan Rasulullah s.a.w di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh jika kita mengucapkan “semoga berbahagia dan banyak anak”.

Kerana, kehidupan pasangan yang diberkatiNya sudah tentu gembira dan bahagia. Sedangkan kehidupan pasangan yang gembira dan bahagia, belum tentu mendapat keberkatan dari yang Maha Esa.

p/s : Setiap makhluk yang bergelar manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan, tetapi kita sebagai manusia perlu berusaha memperbaiki kesilapan untuk mendapatkan kebaikan dan keberkatan dari Allah. Mulakan hari bahagia anda dengan mengikut sunatullah bukan semata-mata ikut adat manusia jahiliah. Kita inginkan permulaan hidup dengan keberkatan dan keberkatan itu biarlah berpanjangan, jangan merosakkan hari permulaan hidup anda dengan pasangan. Semoga kita sentiasa hidup dengan mendapat keberkatan dan keredhaanNya. Aminn...

Thursday, November 17, 2011

Sekadar Coretan buat Suami Tercinta Fillah..

Masuk harini merupakan hari ke Dua suamiku bertugas di outstation. Rasa rindunya kepada beliau tak dapat digambarkan.. Ya Allah, moga Kau berikan rasa ini dalam hatinya jua..=)

Suamiku, Qila harap kamu baik-baik saja disana..

Buat suamiku yang dikasihi kerana Allah..

Semoga selamat perjalananmu, selesai urusanmu, jua dipermudahkan segalanya.. Rasa rindu ini Qila terbitkan dengan lagu yang digemari sebagai pengubat hati..


Lagu dari Maher Zain

~ Sepanjang Hidup ~


Aku bersyukur kau di sini kasih

Di kalbuku mengiringi

Dan padamu ingin ku sampaikan


Kau cahaya hati

Dulu ku palingkan diri dari cinta

Hingga kau hadir ubah segalanya

Oh inilah janjiku kepadamu


reff:

Sepanjang hidup bersamamu

Kesetiaanku tulus untukmu

Hingga akhir waktu kaulah cintaku

Cintaku..


Sepanjang hidup seiring waktu

Aku bersyukur atas hadirmu

Kini dan selamanya aku milikmu

Yakini hatiku


Kau anugerah Sang Maha Rahim

Semoga Allah berkahi kita

Kekasih penguat jiwaku

Berdoa kau dan aku di Jannah


Ku temukan kekuatanku di sisimu

Kau hadir sempurnakan seluruh hidupku

Oh inilah janjiku kepadamu




Sepanjang hidup bersamamu

Kesetiaanku tulus untukmu

Hingga akhir waktu kaulah cintaku

Cintaku..


Sepanjang hidup seiring waktu

Aku bersyukur atas hadirmu

Kini dan selamanya aku milikmu

Yakini hatiku..


Bersamamu ku sadari inilah cinta

Tiada ragu dengarkanlah

Kidung cintaku yang abadi






Semoga kebahagiaan yang dikecapi berkekalan hingga ke syurga Allahhu Rabbi..

Dan semoga Allah meredhai serta merahmati hidup kita di dunia dan akhirat.. aminnn

Wednesday, November 16, 2011

~ Aduhai.... tentang WANITA lagi....~

REMAJA 15 TAHUN TERLANJUR 20 KALI

PETALING JAYA : Tindakan seorang kakak merampas telefon bimbit adik perempuannya membongkar rahsia perbuatan keji gadis terbabit yang terlanjur lebih 20 kali bersama teman lelakinya sejak beberapa bulan lalu.

Kejadian itu terbongkar jam 11.30 malam Sabtu lalu, selepas kakak berkenaan menemui SMS berbaur lucah dihantar teman lelaki adiknya berusia 19 tahun menyebabkan kakak berusia 20-an itu mendesak adiknya menceritakan perkara sebenar.


Terkejut membacanya, macamana boleh kata "TERLANJUR" perkataan "TER" tu kalau kita faham,boleh diertikan dengan membuat sesuatu itu tanpa disengajakan, tetapi ini dah 20 kali perbuatan itu dilakukan, rasanya bukan TANPA disengajakan tetapi MEMANG sengaja melakukan perbuatan terkutuk tersebut,aduhai... Sedih rasanya, usia masih terlalu muda kenapa dihancurkan dengan sedemikian rupa.. Apa nak jadi dengan REMAJA hari ini..

Teringat kata2 seorang GURU sewaktu menimba ilmu di SMA Arab Annur, " Perempuan itu ibarat kristal di dalam kaca, hanya boleh dilihat tetapi tidak boleh disentuh"

Hadis pun ada menyatakan ,yang bermaksud:

Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu. (Hadis Riwayat ath-Thabrani, Mu'jam al-Kabir, 20/211, no.486 & 487)

Tetapi apa yang kita lihat sekarang, bukan setakat diSENTUH, tapi diPELUK, diCIUM, malah lagi berani diSETUBUHI, kemana perginya harga diri kalian wahai Teman2 Wanitaku??? Kenapa sanggup kau hancurkan maruah & masa depan mu?? Kasihanilah Ayahmu.. Kasihanilah Ibumu.. Inikah erti kebebasan yang kalian inginkan?? Merendahkan harga diri, menjatuhkan maruah sendiri.. Astaghfirullahhal A'zim... Bertaubatlah teman2, ingatlah Allah, Tuhan yang Maha tahu segalanya, Yang Maha Pengampun, Yang Maha Mengasihani.. Kembalilah ke pangkal jalan sebelum terlambat.

Monday, November 14, 2011

Buat Teman2 Wanitaku..


Wahai teman-teman wanita ku...

kemana hilangnya tudung labuhmu??

kemana hilangnya baju labuhmu??

yang dulu kau kenakan sewaktu di sekolah menengah dahulu...

kemana perginya sifat malumu??

yang dulu ku lihat terpancar dari wajahmu...

kemana hanyutnya azam dan wawasanmu??

yang dikau pernah nyatakan padaku..

yang engkau katakan mahu menjadi muslimah sejati

yang engkau katakan mahu menjadi pengganti serikandi

yang engkau katakan mahu menjaga segala peribadi

yang engkau katakan mahu mencontohi akhlak isteri-isteri nabi

kini...

aku rasakan sepi..

ku rasakan hampa..

ku rasakan duka dan kecewa..

wahai teman-teman wanita ku sekalian...

menutup aurat bukan sekadar rambutmu yang di simpan...

tetapi tubuhmu yang ditayang menjadi tatapan...

menutup aurat adalah satu kewajipan...

baik lelaki mahupun perempuan...

suruhan yang diperintahkah Tuhan...

litupilah dirimu dengan selabuh-labuh pakaian...

mengelakkan dirimu di tunggangi syaitan...

Ya Allah..

sedarkahlah kami dari kejahilan ini..

pandulah kami kembali ke arah kebenaran..

pada Mu jua kami pohon taubat dan kemaafan...

juga aku impikan sebuah harapan...

untuk ku jadikannya kenyataan...

untuk ku bawanya bersama ke syurga idaman..

ku pohon padamu seorang teman...

wanita solehah sebaik-baik hiasan...

aminn ya robbal alamin...


~Mohd Nabhan Md Noor~


Moga nukilan dari sahabat ini bukan sekadar dibaca, bukan sekadar dilihat, ambillah isinye, direnungkan dalam2,tanam dalam hati & sematkan dalam diri..Moga kita sentiasa diberi taufiq & hidayah dari Sang Maha Pencipta..aminnn

Monday, September 26, 2011

Annivesary Day Mom & Dad..


Di saat aku kecil kau menjagaku
Disaat aku besar kau membimbingku
Di saat aku letih kau membuaiku
Saat aku tak mengerti kau mengajarku tentang hidup

Mak terima kasih
Doa dan cinta menjadikan cahaya hidup
Ayah terima kasih
Kerana beri tunjuk ajar untuk melangkah

Di saat aku bahagia kau pun bahagia
Di saat aku sedih kau menggembirakan
Di saat aku jatuh kau memberiku semangat
Bila dewasa kini ku teringin membalas jasamu
Walau hakikatnya aku tidak mampu..

Ya Allah berikan kekuatan iman kepada kedua Ayah dan ibuku
Kau ampunkan segala keslahan dan moga mereka sentiasa dalm bimbinganMu
Setiap detik setiap saat dalam redhaMu..
Kurniakanlah mereka kebahagiaan dunia & akhirat.
aminnn...

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang ke-24
Sayang Mak & Ayah..
Ihklas dari anak2 mu..(^_^)


Thursday, September 22, 2011

~KEKASIH AGUNG SEDANG CEMBURU~

Bismillahhirrahmannirrahim..Assalammualaikum teman2 blog semua..
Apa khabar iman teman2? Apa khabar kesihatan teman2?
Moga semuanya dalam keadaan baik dan sentiasa mendapat taufiq dan hiayah Allah s.w.t.
Sekian lama tak meng'update' blog yang usang ini,alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk saya berkongsi hari ini..

Sedikit yang saya ingin kongsikan,mungkin teman2 pernah terbaca,atau belum pernah baca tentang artikel disebalik tajuk "Kekasih Agung Sedang Cemburu" yang terdapat di majalah Solusi baru-baru ini..Penulisnya ialah Saudari Fatimah Syarha Mohd Noordin(novelis). Saya sangat tertarik akan isinya. Moga perkongsian ini dapat kita ambil intipatinya bersama..

Anda sedang asyik berbalas SMS dengan seseorang yang bukan maharam?
Anda sedang ternanti-nanti panggilan daripada si dia?
Anda sedang menunggu saat-saat dapat bertembung dengannya?
Anda sedang memilih minyak wangi paling harum untuk keluar dating?

Err,jika jawapannya ya , anda sedang membuat Kekasih Agung anda sangat cemburu.

Berkata Ibn Qayyim al-Jawziyyah : "Allah s.w.t cemburu terhadap hati hamba-Nya yang mengabaikan cinta, harap dan takut kepada-Nya, dan ada sesuatu yang lain dalam hatinya selain Dia."

Kata-kata ulam' muktabar ini ada asasnya daripada sabda Rasulullah s.a.w. Daripada Mughirah r.a. katanya , Sa'ad bin Ubaidah mengatakan : "Sekiranya aku melihat lelaki berkelakuan serong (bermesra-mesra) dengan isteriku , nescaya lelaki itu aku tetak dengan mata pedang yang tajam , bukan dengan sisi tepi pedang!"

Ucapan itu sampai kepada Rasulullah s.a.w. lalu Baginda berkata : " Mengapa kamu hairan melihat cemburu Sa'ad? Demi Allah , aku lebih cemburu daripadanya (terhadap perkara yang diambil endah dan benci demi agama). Dan Allah lebih cemburu daripadaku. Kerana itu dilarang-Nya mengerjakan perbuatan keji, baik yang terang ataupun tersembunyi. Dan tiada seorang pun yang suka memberi maaf lebih daripada Allah , dan kerana itu diutus-Nya orang yang akan memberikan peringatan. Tiada seorang pun yang suka menerima pujian lebih daripada Allah , dan kerana itu (untuk orang memuji-Nya) dijanjikan syurga." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Cemburu Allah Tanda Besarnya Cinta

Kecemburuan Allah langsung tidak menunjukkan kerendahan atau Dia memerlukan kita. Maha Suci Allah daripada sebarang sifat kekurangan. Cemburu Allah adalah tanda besarnya cinta Yang Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hamba-Nya.

Dia tak memerlukan kita. Dia tak luak dengan kelalaian kita. Tak terjejas tanpa cinta kita.
Tapi kita? Keperluan kita kepada cinta-Nya lebih penting daripada memerlukan makanan,minuman atau oksigen.Mencintai Allah adalah fitrah hidup kita semua.

Dia cemburukan hati kita yang meletakkan cinta lain lebih agung daripada-Nya kerana Dia sayangkan kita. Dia tidak mahu kita menempah jalan sengsara. Dia menawarkan cinta yang tidak pernah mengenal kecewa. Inilah hakikat cinta teragung.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : " Dan antara manusia ada yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah,mereka mencintainya sebagaimana mencintai Allah. Adapun orang yang beriman lebih besar kecintaannya kepada Allah".(Surah Al-Baqarah 2: 165)

Cinta-Nya cinta utama. Cinta-Nya membuatkan semua masalah besar terasa kecil kerana kita ada Allah yang Maha Besar untuk menyelesaikannya. Cinta-Nya membuatkan kita berasa kuat dan yakin diri kerana percaya ada Raja yang mempunyai kerajaan langit dan bumi bersama kita. Cinta-Nya membuatkan hidup kita mulia kerana merasakan diri kita hanya hamba-Nya, tidak boleh diperhambakan oleh sesama manusia.

Bila Kita Tak Kisah

Apabila kita tidak amibil kisah tentang kecemburuan Allah s.w.t.,terus mengagungkan makhluk daripada-Nya,bimbang cinta Kekasih Agung meninggalkan kita. Azab Allah yang amat berat didunia ialah apabila Dia memisahkan kita daripada jalan-jalan menuju hidayah, menuju ke syurga. Apabila Allah s.w.t. memisahkan kita daripada kebaikan-kebaikan, maka apa ertinya hidup kita ini lagi?

Lebih menakutkan apabila Allah menghilangkan "rasa" yang boleh menyelamatkan hidup kita. Ketika itu, kita biasanya hilang pertimbangan yang wajar dalam mengambil sesuatu keputusan yang bijak. Pernah dilaporkan dalam akhbar bagaimana seorang gadis dengan mudahnya ditipu tanpa sebarang rasa. Gadis itu menunggu abangnya diperhentian bas. Tiba-tiba, sebuah teksi berhenti dan seorang pemuda keluar daripada tempat duduk belakang. Dia meluru kepada gadis itu dan mencaci maki dirinya.

"Memang sah, kamulah yang curi handset saya!" tuduhnya.
"Hey! Saya tak tahu apa-apa.." Gadis itu membela diri sambil terpaksa menebal muka dan menahan malu terhadap orang sekeliling ketika itu.
" Kalaua kamu rasa kamu betul, mari kita selesaikan di balai polis".

Gadis itu tanpa curiga terus mengikut lelaki itu menaiki teksi. Teksi membawanya ke sebuah hotel. Akhirnya, dia dirogol di situ. Kenapa begitu mudah dia ditipu oleh lelaki jahat itu?

Bagaimana Mereka Menguruskan Cinta

Ya, ketarikanmu kepada si dia itu lumrah. Fitrah yang Allah hadirkan. Setiap fitrah ada peraturannya. Fitrah makan pun ada peraturan, inikan pila fitrah cinta? Oleh sebabt itu, wajarkah anda mencipta langkah seterusnya tanpa membelek sedikit pun peraturan yang telah Allah tetapkan?

Sanggupkah dirimu mencipta sebuah kenangan cinta tanpa peraturan? Penuh maksiat hati. Menjalar pula pada maksiat perbuatan.

Teman2 ku sayang, bukan dirimu sahaja yang mengalami rasa cinta, malah semua orang takkan terkecuali termasuk para rasul, sahabat dan orang soleh. Bezanya, bagaimana mereka menguruskan perasaan itu? Bagaimana pula kita menguruskannya?

Ibn al-Qayyim menukil indah dalam bukunya Raudah al-Muhibbin tentang kisah Sayidatina Fatimah al-Zahra pada malam pertamanya. Fatimah, puteri Rasulullah si pengantin baru berkata kepada suaminya, Sayidina Ali."Kanda, dulu sebelum kita nikah, dinda teringin sangat nak jadi isteri seseorang. Dinda amat mengaguminya". Dengan penuh cemburu, Sayidina Ali berkata : "Habis tu, dinda menyesal nikah dengan kanda?". Si isteri menjawab nakal dengan senyuman menghias bibir : "Tak kandaku sayang, kerana orang itu ialah kanda". Kisah ini menjadi salah satu bukti jelas bahawa puteri Rasulullah sendiri pernah memendam perasaan cinta kepada Sayidina Ali,mengagumi,merindui dan memasang impian hidup bersamanya. Namun, adakah si gadis beriman itu berani menghantas surat tanpa pengetahuan wali, berhubung melalui burung merpati, mengatur dating di belakang pohon kurma atau membonceng unta bersama kekasihnya?

Begitu juga Sayidina Ali. Adakah dia melalaikan Fatimah dengan janji-janji kosong sebelum menikah? Adakah dia meredah hak wali dengan terus mengurat gadis idamannya? Adakah die terburu-buru merebut cinta Fatimah yang turut diimpikan oleh sayidina Abu Bakar dan Umar dengan membawanya lari? Adakah dia meminang Fatimah ketika tidak membina kualiti diri?
Kita pula, bagaimana menguruskan perasaan fitrah kita kepada si dia? Adakah dengan jalan yang menghampiri fitnah atau dengan jalan yang menghampiri barakah?

Teman2 yang dikasihi kerana Allah. Renunglah dengan mata hati apa yang telah kita lakukan ke atas fitrah kita. Refleksi diri selagi masih berkesempatan. Tiada manusia yang syumul melainkan Rasul tercinta.

Saturday, May 14, 2011

..::Dari suami tercinta::..




Bismillahhirrahmannirrahim... Segala puji & syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi,kerana masih diberi kesempatan & nikmat kesihatan serta iman hingga ke hari ni..Sudah sekian lama rasanya tinggalkan blog tanpa menjengah apalagi update..Masuk harini sudah hari yang ke 15 qila bergelar isteri kepada suami tercinta Muhammad Syafiq Aziz..Baru berape minggu kami bernikah dah kene tinggal,sebab beliau ada tugas & tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.. Orang lain kahwin lepastu pergi bercuti..Qila & suami xsempat pun..Tapi xpe,tu namanya pengorbanan..Moga pengorbanan tu Allah balas dengan kebahagiaan..aminn.. Sebelum suami Qila pergi bertugas dia sempat nyanyikan lagu tuk Qila..Bila rindu2,Qila suke dengar rasa die dekat je walaupun die jauh hakikatnya..Apapun Qila nak kongsikan lagu ni sebab..bila diamati lirik & maksudnya sangatlah memberi input yang baik & terase bersemangat menjadi muslimah sejati..Insan yang terpilih tuk mendamping & membantu suami berkhidmat tuk agama Allah & masyarakat..Moga perkongsian ni memberi manfaat tuk semua,walaupun xseberape..=)

Lirik Lagu Puteriku Sayang - Hijjaz

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri
Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya


Wednesday, April 20, 2011

Walimatul Urus



Salam buat sahabat2 yang mengenali diri ini..
Pejam celik-pejam celik,masanya dah hampir tiba.
Qila minta maaf sebab xcakap awal2..
Mana sahabat2 yang tau tu jemput la datang ye..
Maaf xsempat nak send kad..Tapi ada bagi kat emelkan..
Kalau ada kelapangan datang ye..Rindu kat sahabat2..
Harap2 ni la peluang kita berjumpa..
Doakan qila & keluarga ye..
Moge kehadiran sahabat2 dapat memeriahkan lagi majlis..
& moge diberkati serta diredhaiNya..Amin..
Jumpa nanti i'Allah..


>>Alamat & plan jalan : Kampung Parit Sempadan Laut,Mukim 8,
Parit Raja 86400 Batu Pahat,Johor.


Saturday, April 16, 2011

Mutiara Doa



Salam sejahtera buat teman2 yang ziarah blog ni..
Maaflah dah sekian lama xupdate blog..
Bukan xberkesempatan tapi xde intenet kat uma..
Alhamdulillah dapat juga update harini,harap sedikit perkongsian
dapat manfaat berpanjangan..(",)

Doa mohon dilancarkan lisan dalam berbicara

"Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku supaya mereka mengerti perkataanku."

Doa supaya tidak berputus asa

"Ya Tuhanku,sesungguhnya tulangku telah lemah & kepalaku telah ditumbuhi
uban & aku belum puas pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau,
Ya Tuhanku. ( Surah Maryam : 4)

Doa mohon dilapangkan dada & dipermudahkan segala urusan.

"Berkata Musa :"Ya Tuhanku,lapangkanlah untukku dadaku & mudahkanlah untukku
urusanku." (Surah Thaha :25-26)

Doa mohon keampunan untuk diri,ibu bapa & orang2 beriman pada hari kiamat.

"Ya Tuhan kami,berilah keampunan kepadaku & kedua ibu bapaku & sekalian orang2
Mukmin pada hari terjadinya hari hisab(hari kiamat)."(Surah Ibrahim :41 )

Doa mohon agar diri & keturunan dijadikan orang yang tetap mendirikan solat.

"Ya Tuhanku,jadikanlah aku & anak cucuku orang2 yang tetap mendirikan solat.Ya Tuhan kami,perkenankanlah doaku." (Surah Ibrahim :40)






Thursday, October 28, 2010

~SuNah Rasulullah~


Assalammualaikum pembuka bicara..
Sedikit dikongsi moga mendapat manfaat bersama..
Buat sahabat- sahabat..(^_^)

by :- Mohd Najib

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

wallahu a'lam.


Wednesday, October 20, 2010

.:Peringatan Junjungan Nabi S.A.W buat Wanita:.


Setelah sekian lama meninggalkan blog,harini cuba untuk mencoretkan sedikit perkongsian yang moga2 dapat diambil manfaat bersama,lnsyaAllah..

Kebetulan tadi pagi pergi keSafarah(Kedutaan Malaysia) Iskandariah Mesir,niat hati mahu membuat kashful natijah (terjemahan keputusan) sambil menunggu pengurusan,sempat lah memebelek majalah Anis.Terjumpa satu tajuk yang menarik ingin dikongsikan,yang mungkin kalian pernah tahu atau memang tahu..Alakulihal sama2 kita ingatkan semula apa yang mungkin kita dah lupakan ataupun buat2 lupa..Astaghfirullahhal A'zhim..

"Wanita, apabila dia bersembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat akan suaminya, maka masuklah dari mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki."
(Riwayat Ahmad, Ibnu Hibba, Thabrani, Anas Bin Malik)

"Perempuan itu aurat, maka apabila dia keluar, maka mendongaklah syaitan memandang akan dia." (Riwayat Tarmizi)

"Dinikahi wanita kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. maka carilah yang kuat agamanya nescaya kamu bertuah."(Riwayat Bukhari)

"Dunia adalah sebaik-baik perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita(isteri) yang solehah." (Riwayat Muslim)

"Apabila lari wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya sehingga dia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (memohon maaf)." (Riwayat Hassan)

"Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami atau muhrimnya) adalah seumpama gelap gelita pada hari kiamat, tiada nur baginya." (Riwayat Tarmizi)

"Mana-mana wanita yang memakai bau-bauan, kemudian dia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya, maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandangnya adalah zina."(Riwayat Ahmad, Thabrani dan Hakim)

"Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu masing-masing akan ditanya tentang mereka yang kamu pimpin. Raja Pemimpin kepada keluarganya dan isteri pemimpin rumahtangga suaminya dan anak-anaknya. Maka kamu sekalian pemimpin dan akan bertanggungjawab atas pimpinanmu."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Syurga itu terletak dibawah kaki ibu."(Riwayat Imam Ahmad)

"Wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak, haramlah baginya bau syurga."
(Riwayat Abu Daud, Tarmizi)

"Wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya, nescaya masuk dia ke dalam syurga."(Riwayat Tarmizi)

>>Buat diri yang kerdil juga kalian yang dikasihi fillah..moga peringatan yang disampaikan oleh Rasul tercinta dapat kita manfaatkan dalam diri,bagaimana mudahnya wanita dapat masuk syurga juga mudah masuk neraka.Nauzubillah..Mana yang buruk kita perbaiki,setiap manusia pasti tak lari dari kesilapan,tapi percayalah Allah sentiasa mengampunkan dosa hamba yang bertaubat kepadaNYa..Salam muhasabah bersama..(^_^)

Tuesday, August 31, 2010

..::salam rindu & sayang buat kamu::..

my luv Momy & Dad...romantik couple..hee~

Big Brother : A.Iwan & SiL : K.Intan..Luving couple..acehh

my beloved sis : Nirzwana..Ayu lagi....=D

Y.Bro : Azmye...Macho man..ahaks..

Lit Bro : Ahcu Azie...Cute man..heehee

Kak Cik Alya Maisarah..my Babe...(",)

Cik Ibab @ Ainnul Mardhiah..My lit rock Babe..(^_^)


Seandainya kalian tau hati ini sedang merindui..
Pasti akan dibawa pulang diri ini..huhu
Dah2..sikit je nak merepek..xboleh lebih2..


>>Akibat kerinduan yang melampau....Tak dapat raye same2..huhuhu(-_-)

Monday, August 23, 2010

Ramadhan Hari ini..




Assalammualaikum..

"Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna...
Agar dapat ku lalui dengan sempurna..."

Sedar tak sedar dah hampir setengah bulan kita lalui ramadhan kali ini..Adakah sempurna ibadah kita dalam bulan ramadhan ni..??Muhasabah kembali diri & iman teman-teman..Kita tidak pernah tahu bila & di mana saat kematian menjemput kita..Sedang semua teman-teman & diri ini tahu,kematian itu menghampiri & mendekati..Bila tiba saatnya tidak akan lewat & tidak akan cepat sesaat pun kita dijemput oleh Malaikat Maut..

Teman-teman..

Andai ini ramadhan terakhir kita..Apa yang akan kita lakukan??
Masih ada masa lagi untuk kite perbaiki ramadhan yang masih berbaki..Semoga Allah beri kesempatan untuk kita mempertingkatkan lagi amal ibadah kita hingga sampai ke penghujung ramadhan ini..


"Orang yang berpuasa mendapat 2 kesenangan iaitu; kesenangan ketika berbuka puasa & kesenangan ketika berjumpa Tuhannya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum daripada aroma kasturi" (HR Bukhari Muslim)

Teman-teman..

Besar nikmat & ganjaran yang akan Allah bagi andai kita menjalani ibadah puasa ini dengan penuh keikhlasan serta kesabaran..Berpuasa bukan sekadar menahan diri dari kelaparan & kehausan,tetapi menahan diri kita dari melakukan segala perbuatan lagha atau perbuatan yang melalaikan.Dikesempatan ramadhan ini sama-samalah kita mentarbiah diri kita dari pelbagai aspek demi meraih redha dan cinta dari Yang Maha Esa..


>>Selamat meneruskan ibadah puasa hingga ke akhirnya...InsyaAllah..(^_^)

Sunday, August 22, 2010

-Dari dia buat semua..-

Salam buat Teman...

Jika kau fikirkan hal-hal yang paling hebat,
Engkau akan menjadi terhebat..
Tetapkan akal pada hal tertinggi,
dan engkau akan mencapai yang paling tinggi..

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata,
dan dia berkata selaras dengan tindakannya..

Orang yang terlalu memikirkan akibat dari
sesuatu keputusan atau tindakan,
sampai bila-bila pun dia tidak akan
menjadi orang yang berani..
Kerana orang yang berani itu
sedia menghadapi risiko..

Tuesday, August 3, 2010

..::Satu Cinta::.


Ku memohon dalam sujudku padaMu...
Ampunkanlah segala dosa dalam diri..
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan..
Pendirianku..Keimananku..

Engkau satu cinta yang selamanya aku cari..
Tiada waktu ku tinggalkan demi cintaku kepadaMu..
Walau 1000 rintangan akan menghadang dalam diri..
Ku teguhkan hati ini..hanya padaMu..

Ku pasrahkan.....

Oh Tuhan..selamatkanlah hamba ini..
Dari segala fatamorgana dunia..
Oh Tuhan jauhkanlah hamba ini..
Dari hidup yang sia2..

Ya Allah kuatkan hati ini tuk menghadapi
mehnah,ujian & cabaran hidup yang masih berbaki..
Mohon kuatkan iman & thabatkan hati ini
juga sahabat-sahabat ku
agar tetap di jalan juang Mu Ya Allah..
Aminnn(-_-)

Sunday, June 20, 2010

..::Sedikit perkongsian buat sahabat::..

Aku berdosa, tetapi aku berjaya….
Mar 11th, 2009
by Hilal Asyraf
http://ms.langitilahi.com

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusia yang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Jangan rasa gundah bila anda menjaga hubungan dengan ALLAH, tetapi anda masih tidak berjaya di dalam pelajaran mengikut neraca manusia lain. Contoh macam seorang kawan saya. Dia mendapat 2A, sedangkan pada pandangan manusia biasa, cemerlang itu dikira dengan A yang banyak. Tetapi apa kata kawan saya?

“ Ana dapat hidup tenang, bahagia, boleh lagi beribadah kepada ALLAH, kemudian ana masih boleh hidup dalam ketaatan kepadaNya. Maka itupun ana dah puas hati la Hilal. Mungkin ana tak ada rezeki dalam SPM, ana ada rezeki dalam benda lain.”

Nampak? Dia tidak jauh dari ALLAH, malah bersangka baik kepadaNya, menerima dengan redha, ditambah pula dengan azam untuk berusaha di lapangan lain pula. Pada saya, itulah kecemerlangan yang sebenarnya.

Saya masih ingat kata-kata guru Al-Quran saya, Ustaz Abdul Hadi bin Othman, apabila saya pertama kali menjejakkan kaki ke MATRI. Kata beliau,

“ Antum datang sini, kami nak bagi antum menjadi manusia yang soleh, yang cemerlang akhlak, yang terjaga syahsiah, yang bersih pemikiran. Bukan untuk kaut A bertimbun. Kalau antum dapat banyak A dalam peperiksaan, maka itu adalah bonus.”

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi.

Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak.

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita...nauzubillah..

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

http://ms.langitilahi.com


>>Moga perkongsian ini dapat menyedarkan kita dari tersasar & berprasangka pada Allah...
sama2 ambil ikhtibar....wallahhu a'lam..

Monday, June 14, 2010

..::Selamat menunaikan ibadat Bulan Rejab::..

>>Keistimewaan bulan Rejab..

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikian antara keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

>>Sekadar perkongsian..Selamat beramal ibadat...moga Allah meredhai..& beri kesempatan utuk kita sampai kepada bulan Ramadhan..